Sunday, March 17, 2019

Nasi Ayam Kicap Power di 3 Budak Gemuk

Nasi Ayam Kicap Power di 3 Budak Gemuk

Nampak macam biasa kan, try sekali confirm nak lagi

Depan kedai 3 Budak Gemuk Kota Dame



Minggu lepas, aku berkesempatan pergi ke Uptown Kota Dame di Damansara bagi misi mencuba kedai makan viral iaitu 3 Budak Gemuk. Nama kedai ni pun memang tak hingattt. Hahaha. Aku pergi sini lepas magrib hari selasa. Jadi mungkin masih awal, barisan orang nak order pun masih belum panjang.


Nasi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk


Aku order Nasi Ayam kicap regular yang berharga RM8. 8 set diorder. Waktu tengah dalam baris, aku lihat pekerja kedai tersebut letak ayam dalam pinggang yang  pelanggan tu order banyak weh. Dalam hati aku, mesti orang ni order ayam double kot. Yang harga RM11. Rupanya tak wehh, set yang pekerja tu cedok memang set yang paling murah kat situ iaitu RM8. Gila banyak dia cedok ayam masak kicap tu.

Bila dah setel ambik order dan setel bayar, kitaorang pun beramai-ramai sesi mencuba menu ni. Mula mula adik aku yang lelaki bagi respon dulu, hmm sedapppp. Bila dah dengar dia cakap sedap terus aku dengan gelojoh suap sedikit isi ayam dan nasi. Perghhhhh.. Memang sedap wehhh.. Cengggini haaaaa sambil tunjuk tanda bagusss.. Haha. Serius wehhh memang sangat berbaloi dengan harga, kuantiti dan rasa. Sambal cili dia pun yarabi pedas ya ampun. Kalau ada budak budak, disarankan jangan la letak sambal cili tu sekali kat nasi k. Sebab bila kuah cili tu meresap kat nasi, rasa pedas dia tu berapi juga oo . Kang ko kena jeling ngn anak sedara ko nanti macam anak sedara aku. Haha.

Secara keseluruhan aku bagi 4.8/5 bintang kepada menu Nasi Ayam kicap di 3 BUDAK GEMUK ni. Korang wajib cuba tau. Memang takkan menyesal punya.

Abang dan kakak ipar aku sampai 2 kali gi makan nasi ayam kicap ni ha.. Haaa baru kau tau penangan ayam kicap budak gemok tu haa.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal kedai 3 budak gemuk ni, korang boleh like fb diaorang k. Type je 3 Budak gemuk. Confirm keluar. Info dari abang aku, kedai ni ada buka cawangan juga di seksyen 7, shah alam. Haaa apa tunggu lagi korang yang kat sekitar, gi lah terjah sekarang.

No comments:

Post a Comment