Thursday, March 21, 2019

Nasi Kukus Suraya, Kampung Baru KL

Nasi Kukus Suraya, Kampung Baru Kuala Lumpur



Sesi jelajah KL kali ni dari  20.3.19 hingga 22.3.19, lebih kepada sesi jalan jalan cari makan. Untuk malam kedua di KL, iaitu malam ni, kami sepakat pergi ke Nasi Kukus Suraya yang terletak di Kampung Baru, KL. Dah nama pun Nasi Kukus kan, ofcourse menu utama kat sini nasi kukus. Yang bestnya kat sini, ayam untuk nasi kukus tu korang boleh pilih nak ayam panggang atau ayam goreng. Kami suami isteri pilih ayam panggang, sebab ayam panggang dia nampak menyelerakan. Nasi Kukus kat sini harganya RM7 sahaja. Kuah nasi kukus pun not bad. Sedap weh.



Ohya kat sini malam malam begini korang boleh juga order menu seafood. Saya just tambah tomyam ayam sahaja sebab tekak ni teringin pula nak makan tomyam. Selain itu, jangan lupa order pulut mangga, memanf terbaik.

Ohya sesiapa yang teringin somtam pun boleh cari kat sini. Mesti ada yang teringin nak makan somtam kan.




So far makanan kat sini tidak mengecewakan. Harga pun berpatutan. Kos terbakar kami malam ni adalah RM37 termasuk air.

No comments:

Post a Comment