Sunday, January 22, 2017

Terima Bayaran Ketiga Dari Google Adsense

Terima Bayaran Ketiga Dari Google Adsense

Alhamdulillah, setiap 21 hb selepas capai ambang bayaran 100$ hasil pengiklanan Google Adsense, saya akan terima satu emel daripada pihak Google Adsense memaklumkan tentang pembayaran pendapatan saya. Jumlah pendapatan Google Adsense saya kali ini adalah $108.

Syukur Alhamdulillah. Berkat minat blogging, dapat juga menjana pendapatan pasif daripada internet. Rakan-rakan blogger lain juga boleh dapat income sampingan daripada internet ini kalau rajin dan minat blogging. Kena usaha lebih lagi lah baru pendapatan adsense masyukkk. Macam saya setiap 3 bulan baru dapat capai 100$. Kena usaha gigih lagi lepas ni.

Semoga rezeki tahun 2017 ni dalam dunia blogging akan lebih mencurah-curah seperti di ladang gandum. Hehe. Aminnn.

1 comment:

  1. Terima kasih Syuhada Salleh.

    Mungkin ada content yang perlu diubah kot. pihak adsense akan emel apa sebab sebab diorg tak aprove.

    ReplyDelete