Powered by Blogger.

Resepi Kek Batik Jawa Super Mudah

Resepi Kek Batik Jawa Super Mudah
Salam final bola JDT vs Kedah malam ini. Ngam-ngam tengah nak update blog, ngam-ngam juga JDT gol pada minit ke 2. Dahsyat!! Tahniah JDT. Sempena meraikan gol pertama JDT ni, aku namakan Kek Batik Jawa JDT lah ye. Haha. Boleh?? Hari ini datang mood super rajin walaupun kepala tengah berat,  angin rajin untuk membuat Kek Batik Jawa. Tekak tiba-tiba teringin nak makan kek batik yang super moist dan kaya dengan rasa milo. Resepi hari ini sangat mudah dan bahan-bahan pun ringkas. Jom terjah.
Resepi Kek Batik Jawa JDT Super Mudah
Bahan-bahan:
250 gram butter
1 bungkus Biskut Marie (dipatah 2)
1/2 tin susu pekat
200gram serbuk Milo
Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan cairkan butter.
2. Masukkan susu pekat dan kacau.
3. Masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
4. Tutup api dan Masukkan biskut Marie dan kacau sebati dengan adunan milo tadi.
5. Sediakan acuan dialas plastik dan masukkan adunan kek kedalam acuan.
6. Bila dah sejuk, masukkan acuan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidang.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Resepi Kek Batik Jawa Super Mudah"

Nampak sedap Kek Batik ni, lama tak buat kek batik ni...

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top