Resepi Karipap Sardin Yang sangat Sedap & Mudah
Karipap Sardin
Sumber Resepi: Azie Kitchen
Bahan Pastri:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air + 1 sudu besar garam
1/2 cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air + 1 sudu besar garam
Cara cara:
Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas.
Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata.
Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
Bahan Inti:
2 tin Sardin Mackerel - tin besar
4 biji ubi kentang besar - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris tak letak sebab tak ada stok
2 sudu besar cili kisar
Garam
Air perahan limau nipis ( saya tak letak)
4 biji ubi kentang besar - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris tak letak sebab tak ada stok
2 sudu besar cili kisar
Garam
Air perahan limau nipis ( saya tak letak)
Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis.
Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.
Canai doh pastri, dan isikan inti dengan bantuan acuan karipap.
0 Comments