Kos Rawatan IVF

Rawatan IVF.  Memang diluar jangkaan aku bila doktor pakar gynae memutuskan aku disarankan untuk terus ke prosedur rawatan IVF.  Apabila rawatan iui telah dibuat sehingga 4 kali dan tidak berjaya,  makanya,  doktor menyarankan aku dan suami agar tidak membuang masa lagi untuk meneruskan ke prosedur IVF.

Kerjasama antara suami dan isteri untuk hadap IVF


Rasa sedih,  kecewa dan putus asa pun ada. Letih. Penat. Dengan prosedur-prosedur sepanjang iui.  Setelah membuat survey di website-website klinik/hospital kesuburan swasta yang ada membuat IVF,  aku nekad untuk membuat rawatan IVF di Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Sebab utama aku pilih HKL adalah kos nya yang tidak terlampau tinggi iaitu dalam anggaran 5k.

Ubat Suntik Gonal F ni hargamya sekitar rm350 sekotak


Kalau boleh, aku nak buat rawatan tu di Kuching,  sarawak sahaja.  Dimana lebih memudahkan aku untuk urusan followup dan tidak memerlukan aku kerap ambil flight ke semenanjung.  Tapi disebabkan kewangan yang belum kukuh, aku nekad memilih untuk buat rawatan IVF di HKL. Aku dah pun daftar kes aku di HKL pada November 2018 yang lepas dengan membawa surat rujukan dari doktor gynae aku sebelum ini dan beberapa keputusan ujian hormon yang telah dibuat. 

Sekitar hujung bulan Disember 2018, aku mendapat panggilan daripada HKL memaklumkan yang akubsudah boleh memulakan rawatan IVF aku dan perlu tunggu kitaran period nanti.  Sekarang aku masih menanti kehadiran cik period. Semoga dipermudahkan urusan kami suami isteri.  Doakan kami.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon