Sunday, February 17, 2019

Shell Out di Hana Cafe,  Telaga Air

Shell Out di Hana Cafe,  Telaga Air


Setelah 3-5 bulan mendengar perkhabaran tentang shell out di Hana Cafe Telaga Air ini,  baru hari ini saya dan suami menjejak kaki ke cafe ni.  Sebelum nak gerak, saya call dulu pihak cafe ni.  Yelah,  takut drive jauh jauh,  sampai sampai nanti,  tengok kedai tutup.  Tak ke naya kena jeling dengan encik suami yang gebus.  Haha.


Ok lah.  Berkenaan dengan cafe ni,  Hana Cafe ni terletak kira-kira 25km dari Bandaraya Kuching.  Pemanduan lebih kurang 30 minit kalau speed arnab.
Apa yang special di Hana Cafe ini adalah set Shell out seafood nya yang sangat berbaloi.  Murah,  pelbagai jenis seafood dan yang paling penting SEDAP.  Sebelum nak order,  pihak cafe bagitau 2 masakan yang mereka recommended adalah Masak merah dan Salted egg butter.  Jadinya kami sepakat memilih set couple yang berharga  RM30 dan cara masakan nya adalah Salted egg butter.

Sët shellout couple

Apa yang specialnya shell out di sini adalah kuantiti seafood nya yang pelbagai dan banyak seperti sotong, kepah,  kerang,  udang,  dan ketam.  Selain itu dihiasi juga dengan brokoli,  bunga kobis putih,  lobak dan juga jagung.  Sedap dan sangat berbaloi untuk poket anda.  Pelbagai jenis seafood boleh rasa. Set couple ni juga free nasi 2 dan minuman yang berharga Rm1.80 dan ke bawah.  Kalau pilih minuman yang harga Rm2.50 , maksudnya korang hanya perlu bayar Rm0.70 sahaja. Jimat tak jimat kat sini.

Ohya,  kat sini korang juga boleh order menu lain contoh menu bergoreng macam nasi goreng, mee goreng,  dan hidangan seafood yang lain. Harga pun sangat berbaloi.

Sekiranya nak bertandang dan merasai keenakan makanan di Hana Cafe,  korang boleh ke Telaga Air atau nak maklumat lanjut tentang lokasi atau masa operasi boleh hubungi nombor telefon Hana Cafe ni ok , +60198176267.

1 comment: