-->

Layan Seafood di Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Melaka

Layan Seafood di Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Melaka




Sesi jelajah (Kunun) aku dan suami di Melaka pada 23/2/2019 hingga 25/2/2019 yang lepas, kami sempat singgah dan layan Seafood di Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Melaka. Saja nak test power seafood kat bumi Melaka ni, mana tau ada citarasa lain yang aku boleh cari lagi nanti.

Aku dapat info pasal restoren seafood ni daripada abang grab waktu ambil kami dari Hotel. Selain asam pedas melaka yang kami boleh try, dia cadangkan kami ke Ikan Bakar Asai. Just type je Asai confirm jumpa dia cakap. Kalau di google la. Haha. Aku try search kat fb, so jumpa la Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay ni. Satu sebab aku pilih restoren ni, sebabnya masa operasinya mula jam 5 pm - 11.30 pm. Rata-rata seafood restoren yang lain operasi dalam pukul 7 pm. Sebab adik aku rushing nak balik pahang, so kena lah gi restoren yang bukak awal kennnn.
Pelbagai makanan laut yang segar

menu kami yang simple
Di Mukmin Ikan Bakar Alai ni aku pilih udang (masak butter telur masin), sotong (goreng tepung) dan kerang bakar. Jumlah hangus adalah RM93. So far rasa masakan di sini padu dan menepati tekak aku yang memilih ini. So korang yang pergi Melaka dan mencari-cari tempat makan sedap dan padu di Melaka, boleh lah letak Mukmin Ikan Bakar Crystal Bay dalam checklist korang k. Selamat jalan-jalan cari makan. Untuk pertanyaan lebih lanjut korang boleh hubungi terus restoren ini ok di talian 011-2369 0300.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon