Monday, August 12, 2019

Khatan atau Sunat Bayi Perempuan Bawah Umur 1 Tahun

Khatan atau Sunat Bayi Perempuan Bawah Umur 1 Tahun

Assalamualaikum. Alhamdulillah, genap usia baby Alea 4 bulan, saya dan suami telah bawa Alea pergi ke Klinik Syafa, Satok untuk berkhatan/ sunat atau dalam term medical nya circumcision (berkhatan bagi kanak-kanak perempuan). Di Klinik Syafa ni, doktor hanya akan membuat prosedur khatan untuk bayi dibawah umur 1 tahun sahaja. Ini info yang saya dapat dari kawan-kawan.

Saya telah membuat temujanji sehari lebih awal. Yelah nak bawak baby ni, jenuh juga nak tunggu lama-lama. Sebelum ni, kalau bawak diri sendiri saja, tak kisah berapa lama pun nak tunggu. Sekarang seminit bagaikan emas tau. :)

Bila dah masuk ke bilik rawatan, doktor Azah terus tanya berapa usia baby. Dan saya beritahu genap 4 bulan. Actually tak sangka juga terpergi hari dia genap 4 bulan. Haha. Dr. Azah cakap, ok dah umur tu. Prosedur khatan pun sekejap sahaja dan yang bestnya baby Alea rilek je langsung tak nangis. Alahai anak. Kenapa lah kau ni senang sangat dijaga. Alhamdulillah sebab sangat behave k sayang. Ibu sayang Alea sepenuh jiwa raga ibu tau. Jangan nakal nakal nanti tau. 

Prosedur khatan ni sangat ringkas dan sekejap amat tak sampai 3 minit pun. Bila dah selesai, sembang kejap dengan Dr Azah berkenaan IVF. Tq dr kerana sangat memahami. Untuk pembayaran bagi prosedur khatan ni pula hanya dicaj RM25. Murahkan. Jadi,buat ibu bapa yang ada bayi perempuan, boleh la bawak ke sini untuk khatan dan pastikan bawah 1 tahun k. 

No comments:

Post a Comment