-->

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Sempena Raya Aidiladha ahad yang lepas, saya berkesempatan membuat 2 hidangan lauk yang mudah sahaja iaitu ayam masak merah dan rendang daging. Agak nervous juga sebab ini kali pertama saya nak masak ayam dalam kuantiti yang banyak. Jadi untuk menambahkan keyakinan saya, saya google resepi cara masak ayam masak merah yang mudah dan sedap. Yang ni kes takut masakan tak sedap la ni. haha. Selepas menggoogle resepi, saya tekad nak ikut resepi mudah dari Azie Kitchen.

Jom terjah CARA MASAK AYAM MASAK MERAH yang SEDAP DAN MUDAH SANGAT ni.

Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
Susu cair (Yang ni saya tambah untuk rasa lemak)

1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur


Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih


Cara cara:
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. 

2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak. 

3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 

4. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Masukkan susu cair (ikut selera masing masing nak banyak mana letak). Kacau lagi. 

5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng. 

6. Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang.


* Saya buat untuk 2.8kg ayam. Jadi sukatan bahan ni saya double kan. :) Dan agak2.

Baca juga:

2 Comments

avatar

sedap tu nampaknya. esok sy pun nak cuba.
done follow your blog.
www.zukidin.com

Balas delete



Emoticon