Cara Naikkan Had Limit Pembelian Kad Debit Maybank.
Kad Debit Maybank Mastercard |
Anda kaki tegar shopping menggunakan kad debit ke? Kalau ya, pastikan anda naikkan had limit pembelian kad debit anda ya. Jangan risau, sekiranya anda tengah beratur nak bayar barangan tuaian yang misal kata berharga RM2500, anda di kedai, dan had kad debit anda waktu tu hanya RM1000 Sahaja, baik anda siap siap pergi settingkan atau tukar had pembelian kad di website maybank (wajib guna website yang diakses melalui google chrome atau pelayar yang lain, dan tak dapat guna apps maybank tau).
Cara Naikkan Had Limit Pembelian Kad Debit Maybank:
1. Pergi ke Google dan layari website Official Maybank
2. Login akaun Maybank anda
3. Pergi ke maklumat user bahagian sebelah kanan atas dan klik pada SETTINGS
4. Di tab Personal, pilih ‘Cards’ dan Pilih Manage Debit Cards
5. Pilih kad debit anda dan tukar had pembelian anda.
6. Dah tukar had tekan save. Siap. Mudah kan.
So bolehlah shopping dengan hati tenang. 😌
0 Comments