Friday, April 15, 2022

Rawatan IVF Kali kedua di HKL

Rawatan IVF kali kedua di HKL kali ini pada pertengahan Februari 2022. Rawatan kali kedua ini saya buat more kepada santai santai ala ala percutian saja ke KL. Tak nak terlampau stress kan diri. Saya pun tak ambik cuti tanpa rekod seperti IVF kali pertama pada 2019 yang lepas di mana lebih besar kos nya dan perlu persediaan lebih awal (buat surat mohon ctr). 

Disertakan rejim rawatan IVF kali kedua saya di HKL pada Februari lepas. Mungkin dapat dijadikan panduan untuk anda yang tinggal di luar kawasan dan terhad cuti. 

D1 17.2 thu- FLY KL (beli tiket flight pada hari yang sama. Agak tinggi kos.. flight Kuching-KL)
D2 18.2 fri- *1st apt HKL* 
D3 19.2 ~sat~-ON tx. Start rawatan ubat hormon.
D4 20.2 ~sun~- on tx. Fly balik Kuching dengan bawa cooler box berisi ubatan hormon. Yang ni korang kena standby awal minta dr pakar buat memo utk bawa ubat naik flight. 
D5 21.2 mon- on tx. Keja
D6 22.2 tue- on tx. Keja
D7 23.2 wed- on tx. Keja
D8 24.2 thu -on tx.kj. Fly KL balik seorang diri. Suami x ikut sebab cuti x cukup. 
D9 25.2 fri- *tvs HKL* tambah 1:dose ubat 
D10 26.2 ~sat~ stay rumah adik- cek in velocity dengan adik. 
D11 27.2 ~sun~ rmh azi* sakit dada on off 
D12 28.2 mon *tvs HKL* masih sakit dada. Dah inform pakar. Dr check spo semua ok. 
D13 1.3 tue - *pakar bius apt*. Pakar bius review medical history sy. Pakar inform saya akan ditidurkan sewaktu prosedur Ovum Pick up yang dijangka pada 4.3.2022 jumaat. 
D14 2.3 wed *TVS telur* *jam 9pm tepat kena cucuk ubat 2x, dan sebelom tido dalam jam 11pm makan ubat tablet selama 8 hari. Ubat table ni adalah ubat untuk kurangkan simptm ohss. Prosedur ivf 2019 lepas saya kena mild OHSS. MEMANG SERIK KEJAP LEPAS KENA OHSS TU*

D15 3.3 thu
D16 4.3 fri * ovum pick up- telur akan difreeze Sebab kuantiti telur terlampau banyak dan menyebabkan ovari saya kembang besar. Dr tak galakkan buat FRESH EMBRIO TRANSFER sebab risiko berlaku OHSS lebih severe tinggi * 

4/3, jumaat @ 9.00am- *ovum pick up.* Telur yang ada akan disenyawakan n akan difreeze dulu. *Dr x suggest utk buat fresh embryo transfer sebab risiko ohss tinggi. Telor rt side 12
Left side 4*

Dr inform risiko ohss.

Dr akan beri ubat utk kurang risiko ohss
+ Makan telor separuh masak pagi dan ptg
+ Makan makanan high protein cth kekacang

*3 HARI MC*

D17 5.3 ~sat~ *MC*
D18 6.3 ~sun~ *MC*
D19 7.3 mon- *appt o&g tvs & ambil darah*

D20 8.3 tue ~_*jangkaan ET. Cancel ET sebab ovari kembang berisiko utk ohss jika diteruskan~
D21 9.3 wed - rehat. 
D22 10.3 thu - rehat.  
D23 11.3 fri -   Rehat 
D24 12.3 ~sat~ - rehat

No comments:

Post a Comment