-->

Jom Menabung Emas!


Menabung duit? Dah biasa dengarkan? 
Menabung Emas?? Mesti Tak pernah atau jarang - jarang kita dengar dan amat mustahil nak menabung emas. Sebab?? Pemikiran kita secara automatic nya akan cakap emas ni sangat mahal.
Ok. Emas memang mahal. Kalau ikut harga semasa dunia hari ini, 1 gram emas berketulenan 999 berharga RM152/gram. 

So sangat mustahil untuk rakyat marhaban, rakyat putit kareh macam sp ni nak menabung emas 1 gram setiap bulan. Ini kan pula nak menabung 1 gram setiap hari. 
Tetapi, disebabkan sp ni sangat lah berminat dengan emas, 1 gram setiap hari tu memang la mustahil, tapi sp buat target setiap 2 bulan, akan menyimpan duit untuk membeli minimum 1 gram.


Disebabkan sp ni adalah salah seorang dealer Public Gold, dan ini memudahkan sp nak buat akaun Gold Accumulation Program atau lebih dikenali sebagai akaun GAP. Kelebihan akaun GAP ni, kita dapat buat minimum pembelian emas berketulenan 999 sebanyak 1 gram atau dalam gandaan RM100. Maksudnya, kalau tak dapat nak target simpan 1 gram setiap 1 bulan, kita juga boleh guna alternatif ni, iaitu beli emas ikut amaun RM100 tu dan kita akan dapat emas dalam anggaran 0.6579 gram. Tapi sukar sikit nak genapkan amaun gram tu la. SP galakkan kalau anda nak simpan emas dalam akaun GAP ni, better beli ikut amaun per gram je terus.

Ni adalah harga semasa di Public Gold pada 9/4/15
 bagi emas 999

Apa kelebihan simpan emas dalam akaun GAP ni??

Ok, antara kelebihan dia;

  • kita mudah nak buat urusan jual beli (after buat pembayaran, hanya whatsapp/emel maklumat pembelian kepada pihak Public Gold)
  • kita dapat beli emas ikut harga semasa dunia (harga emas di Public Gold ni akan berubah setiap 20 minit kecuali hujung minggu). Paling untung bila dapat beli ikut harga paling rendah, sedangkan waktu tu di kedai harga stil mahal.
  • Susut nilai yang rendah kalau nak jual balik kepada Public Gold
  • Mudah nak monitor akaun GAP anda sebab akan dapat PG id member
  • Dapat keluarkan emas dalam bentuk fizikal (goldbar atau dinar). Yang ni, syarat dia kena minimum baki dalam akaun adalah 1 gram. Maksud dia, letsay anda ada sebanyak 11 gram emas terkumpul dalam akaun, dan anda nak keluarkan emas anda tu, anda boleh keluarkan goldbar dalam bentuk 10gram dan 1 gram lagi tu kena tinggal dalam akaun untuk maintain kan akaun anda tu.
  • Simpan emas ni, duit anda tak mudah bocor, maksudnya anda susah nak belanja kan duit anda ni. Dah nama simpanan kan.
Ni adalah goldbar 1 gram sebanyak 2 keping yang sp pernah
keluarkan dulu. Dah dijual dah pun dengan member..hehe..


Akhir kata, akaun GAP ni sangat mudah dan amat sesuai untuk sp dan juga untuk mereka yang tercari-cari cara untuk simpan aset (dalam amaun yang kecil). Kalau berminat nak menegtahui lebih lanjut, anda boleh ja contact sp atau mana-mana dealer PG yang anda rasa selesa nak berhubung ye. Tiada paksaan dalam menyimpan emas ni. Satu je nasihat sp bagi mereka yang baru nak berjinak dengan emas ni, hati-hati dengan skim simpanan emas di luar yang menjanjikan pulangan setiap bulan. Sebab, ramai yang dah tersontot. To be safe, jangan tamak, mula simpan 1 gram setiap bulan, itu pun dah ok.

Nota kaki:
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut atau nak start simpan emas serendah 1 gram, boleh je contact sp ye. SP @ aishah @ 017-8865939. Perkenalkan diri anda. InsyaAllah saya boleh lead anda. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon