-->

Tempat makan Special Kuching: Salleh Corner @ Jln Astana

Salleh Corner. Lama dah sebenarnya kedai makan ni beroperasi di Jalan Astana dan baru minggu ni berkesempatan singgah menjamu selera di Kedai ni. Kedai makan Salleh Corner ni terletak di Perumahan Astana,Tmn Tunku, Jln Astana Kuching. Beroperasi dari Isnin-Sabtu dari pukul 5:00 petang hingga 12:00 tengahmalam.
Menu yang diorder pada malam tersebut adalah Nasi goreng ayam butter dan Nasi Goreng Racun @ nasi goreng kampung. So far memang memenuhi selera kami dua husband nasi goreng ni. Sangat perghh terutama nasi goreng ayam butter tu. Manakala nasi goreng racun tu boleh tahan pedas berapi. So kalau tak tahan pedas takyah la order nasi ni k.
Ok apa lagi yang special di kedai Salleh Corner ni? Kedai ni menu special dieorang adalah tomyam udang galah dan kerabu sotong dan terbaru ni disebabkan sekarang di Sarawak musim terubuk, so menu special extra adalah telur terubuk yang gila kaw. Salleh corner ni juga menyediakan menu-menu seafood dan yang pastinya muslim seafood. So extra pilihan untuk warga kuching kalau nak dinner seafood. Jom ke salleh corner.
Kalau anda berhajat nak dinner sefamili di Salleh corner dan tak nak tunggu lama untuk menu, boleh call tokey kedai untuk booking meja dan boleh order menu terus kot. Rasa nya boleh. Nextime maybe nak ke sini je if plan nak dinner famili.
So rating nak bagi ngan menu nasi goreng yang kitaorang order ni adalah 9/10. Bravo. Semoga makin maju bisnes tokey salleh kita tok.
Ayam Butter

Nasi Goreng Racun

Full set of Nasi Goreng Ayam Butter

Baca juga:

0 Comments



Emoticon