-->

Resepi Kek Lapis Biskut Cheese Nestum Super Mudah

Resepi Kek Lapis Biskut Cheese Nestum Super Mudah

Kek lapis biskut cheese Nestum ni merupakan antara koleksi resepi kek lapis yang tersangat mudah. Sebabnya, yang pertama kek ini tidak perlu dibakar atau dimasak dan kedua bahan-bahannya pun ringkas sahaja.

Kek lapis Biskut Cheese Nestum ni, terpulang lagi kat anda samada nak letak Nestum atau tidak disetiap lapisan. Kalau nak rasa pure cheese tidak perlu letak.
Jom.terjah Resepi Kek Lapis Biskut Cheese Nestum yang sangat mudah dan sedap ni.

Resepi Kek Lapis Biskut Cheese Nestum Super Mudah

Bahan-bahan:
250 gram cream cheese Tartura
1/2 tin susu pekat manis
Nestum original
3-4 bungkus biskut cheese
Susu fresh (untuk rendam biskut)

Cara-cara:
1. Sediakan acuan 8'x8', alaskan dengan wrapping plastik agar mudah nk angkat nanti.

2. Putar cream cheese bersama dengan susu pekat hingga sebati.

3. Rendam sepintas lalu ja biskut cheese dalam susu fresh dan Susun biskut cheese sehingga penuh satu acuan.

4. Letak satu lapisan adunan cream cheese tadi. Ratakan lapisan dan tabur sedikit Nestum.

5. Ulang semula langkah 3 - 4 dan sehingga habis. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan cream cheese dan tabur Nestum untuk hiasan permukaan kek.

6. Masukkan dalam peti sejuk 3-4 jam atau semalaman dan boleh dihidang.

Mudah kan. Dah la mudah, sedap pulak tu. Untuk hiasan selain Nestum, anda juga boleh guna Cheese Cheddar. Pun sedap. All the best guys.
Resepi Kek Lapis Biskut Cheese Nestum

Baca juga:

0 Comments



Emoticon