-->

Ikan Bakar Utara Kamek

Ikan Bakar Utara Kamek

Antara pilihan tempat makan di Batu 7 atau kota Sentosa adalah di Ikan Bakar Utara Kamek. Kedai ni terletak di deretan blok kedai baru dan jalan boleh terus ke Jan airport. Blok kedai ni terletak tidak jauh dari 100% Superstore (alah kedai SenQ lama). Actually iols pun tak reti nak explain tempat ni. Haha. Kitaorang pun gigih mencari kedai makan ni semalam. Selamat mencari.

Terdapat banyak juga pilihan makanan di sini, dan yang pasti kalau nak makan ikan bakar, sini adalah pilihan tepat. Malam semalam kami order ikan parik bakar, ikan keli bakar, sup tulang, sayur kailan ikan masin, nasi goreng paprik, dan nasi goreng ayam.

Ikan bakar kat sini memang terbaik lah. Sambal pun sedap. Menu-menu lain, saya rasa biasa sahaja sama seperti kedai-kedai makan lain. Harga makan kat sini pun still berbaloi. Jumlah makan kami semalam adalah RM79 untuk 6 orang makan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon