Powered by Blogger.

Kek Batek Jawa Sakitnya Tuh Di sini

Semalam tetiba angin monsun timor laut bertiup kencang, tu tanda nya dan tetiba diri ini rajin la pulak nak buat kek.
Kek yang paling simple dan paling sedap.. eseyhhh.. ok la. memandangkan cara nak buat kek ni tidak la rumit dan bahan-bahan nya juga senang, jom saya share resepi kek batek jawa yang diinovasikan ni.

Kek Batek Jawa Coklat
Bahan-bahan:
Milo  (5 sudu besar)
Buttercup 4 ketul
Biskut Marie perisa ori 4 bungkus (dipatah 2)
Cooking Coklat 500gram
Susu pekat 250gram

Cara-cara:
Panaskan kuali dengan api sederhana
Masukkan semua buttercup dan biarkan cair.
Masukkan semua susu pekat. Gaul rata.
Masukkan milo. Gaul rata.
Masukan cooking coklat. Biarkan cair dan sentiasa gaul untuk elakkan ia berketul.
Apabila bahan campuran sudah kelihatan sedikit likat, masukkan biskut marie. Gaul rata.
Tuangkan ke dalam acuan dan tekap kasi padat. Biarkan sejuk dahulu dan bila dah sejuk, letakkan dalam peti sejuk. Siap untuk dihidang.

Moga bermanfaat ya. :-)

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Kek Batek Jawa Sakitnya Tuh Di sini"

Hehe. Try la buat sis. Senang je tu. Tapi agak manis la.

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top