Powered by Blogger.

Review Honor 4C


Huawei Honor 4C gadget yang sangat-sangat berpatutan dengan harga dan performance yang sangat memuaskan tidak setanding dengan harga.
Ok lah. Mungkin agak berbelit ayat saya di atas ni kan, kita teruskan ke niat asal saya iaitu nak review pasal Honor 4C yang telah saya beli pada 2 Jun 2015 yang lepas ketika Public Holiday di Sarawak. Untuk makluman saya beli Handphone ni di vmall.my dan service pembelian dan penghantaran sangat tip top. Dalam 2 hari, Honor 4C sudah pun berada dalam tangan saya. Great. 


Dari segi luaran sisi kaca mata, design Honor 4C ni sangat kemas dan cantek. Sungguh bergaya bila tengah layan whatsapp. Sampai member adik tanya, Oppo ke tu?? Alahai.. kecik ati den, tak mampu nak beli Oppo yunk oi.. Mampu beli Honor 4C je harga jimat dan berbaloi RM529 je include postage. Tip Top.

Kualiti Kamera depan dan belakang:4*/5*
Kualiti Bunyi: 4*/5*
Design: 5*/5*
Ketahanan bateri: 4.5*/5* (sangat disyorkan kalau anda ni jenis pemalas gila babun nak charge hp)
Harga: RM529 termasuk postage (vmall.my)
Kelemahan: Handphone ni kalau time angin tak betul, tiba-tiba rasa panas. Itu je la yang tak best nya. Tapi ikut time la. Ada angin juga ya handphone ni. (-_-)

So far, honor 4C ni, den sangat berpuas hati, berbaloi dengan harga nya. Memang taknak pun handphone ribu riban ni. Rasa macam tak berbaloi je. Guna 2 -3 bulan pastu keluar brand baru, harga lagi murah, bikin panas je. Baik den beli emas jek. Dapat la melaram jadik mami jarum, Hoho.

Ok la, so far so good. Saya puas hati dengan Honor 4C white saya. Anda bila lagi??

New updated 11/11/2015, handphone honor 4C saya ni, sudah beberapa kali terjatuh dan terhempas di simen. Dahsyat kan.. Malang betul handphone saya ni. So far, takda major kerosakan, just bahagian sisi-sisi casing hp sahaja yang tercalar. Sound dan kualiti gambar camera still mantop. So, memang tak rugi lah korang beli hp ni. Memang lasak dan tahan bater!!!
Honor 4C saya yang comel


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Review Honor 4C"

baru beli semalam honor 4c tp dengan harga rm630. ok, boleh tahan jugak honor 4c :D

waaa... bau kedai lagi ni.. Cantek kan sis. Nanti update dengan saya, samaada honor 4c u pun panas jugak atau tidak. Ke hp saya sorang je cmtu..

Panas tu adelah jugak sikit2 masa tgh caj. Tp so far ok , puas hati :D

Tu la, make sure bila off hp, semua apps dah full close, klo tak, tu yang panas hp tu.. Selamat berkenalan geng honor 4c.. hehe..

Baru beli harini.mmg rasa best.betul tu baik beli emas dari beli phone mahal2.nanti nak test pasal panas tu jugak.

hi mizrien. Welcome to the club..hehe.. klo hp sy ni skrg, dah takda prob panas tu.. waktu mula2 guna je tiba2 panas. tp so far skrg xde la . mmg tiptop hp ni..

hi mizrien. Welcome to the club..hehe.. klo hp sy ni skrg, dah takda prob panas tu.. waktu mula2 guna je tiba2 panas. tp so far skrg xde la . mmg tiptop hp ni..

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top