-->

Rawatan IUI

Rawatan IUI

Selepas peristiwa hitam pada pertengahan tahun lepas 2016, tahun ini saya dah mula dengan rawatan iui. Kes saya dirujuk ke Klinik Gynae, Unimas, kota Samarahan.

Pada 21 Februari 2017, adalah followup pertama saya di Klinik Gynae Unimas. Selepas jumpa dengan Dr Mardiana, kami sepakat untuk teruskam dengan rawatan iui. Since saya tengah ambil pil hormon disebabkan kitaran haid saya yang kacau bilau sebelum ni, dr mardiana target dalam 28 Februari 2017 haid saya seterusnya. Dan target dr tu memang betul. Haid saya cun datang hari tu. Haha.

Saya terus dibekalkan dengan pil clomid double dose dan perlu dimakan 5 hari bermula hari kedua haid. Selain tu, doktor juga bekalkan injection Gonal F 75 untuk disuntik di perut untuk 4 hari.

Kos ubat:
Clomid: Rm70
Gonal F75: RM350
Pregnyl: RM120


28 Februari 2017: Hari Pertama Haid
1 Mac 2017 : Hari Kedua. On clomid.
2 Mac 2017: Hari Ketiga. On clomid.
3 Mac 2017: Hari Keempat. On clomid.
4 Mac 2017: Hari kelima. On clomid.
5 Mac 2017: Hari keenam. On clomid.
6 Mac 2017: Hari ketujuh. Gonal F75
7 Mac 2017: Hari ke8. Gonal F75
8 Mac 2017: Hari ke9. Gonal F 75
9 Mac 2017: Hari ke10. Gonal F75
10 Mac 2017: Hari11.Scan. Gonal F75
11 Mac 2017: Hari12. Gonal F75
12 Mac 2017: Hari13. Gonal F75
13 Mac 2017: Day14. Scan telur @GH
14 Mac 2017: Day15. Expected Iui


Nota: Rawatan iui untuk kali pertama ni misi GAGAL. cuba lagi lepas ni.


Baca juga:

2 Comments

avatar

betul-betul kena ikut daily rutin tu kan


Jemput baca kisah benar ibu ini nekad ikhtiar cara lain untuk naikkan Hb kerana takut disuntik zat besi disebabkan mengalami anemia yang teruk sepanjang kehamilan

Balas delete
avatar

Ye sis. Memang kena ikut jadual dan rutin yang ditetapkan.. klo tak sia-sia juga.

Balas delete



Emoticon