-->

Jom makan di Mbok G Kitchen

Jom makan di Mbok G Kitchen

Malam semalam, selepas makan di rumah hijau, saya bawak suami teman saya makan pulak di Mbok G kitchen yang terletak di Jln Astana. Masa operasi Mbok G kitchen adalah dari pukul 5pm-11pm.

Menu yang saya order adalah Nasi Goreng Ayam Butter berharga RM9. Selain tu, kami order sate kambing dan lemang betawi, dan suami ambik kesempatan order mee jawa la pulak. Haha. Ni kes tak kenyang makan kat rumah hijau la ni.

Nasi goreng ayam butter sini memang sedap la. Ayam butter tu yang Special kat sini. Pedas dan sedap. Sate kambing dan mee jawa pun not bad. Korang bolehlah try dinner di sini.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon