-->

Cooker Hood Faber Rosak

Hari Rabu minggu ni, tiba-tiba waktu tengah nak goreng kentang, api dapur menyala naik ke atas dan terus bunyi bising dalam cooker hood.

Seriau betol. Terus offkan cooker hood. Takut makin teruk pula kerosakan dalaman cooker hood ni. Saya terus call tokey Tempat saya beli cooker hood ni. Rasa nak marah pun hado, tapi nak buat macam mana kan. Tokey cakap nanti dia akan call pihak faber sebab cooker hood saya masih dalam waranti.

Hari Jumaat lepas, baru pihak faber call dan technician datang dalam pukul 12.30 tengahari bagi membaiki cooker hood.

Setelah diperiksa, rupanya bunyi bising-bising tu, adalah serpihan arang dari charcoal filter tu yang telah bocor setelah kena api yang menyala naik ke atas tu. Disebabkan charcoal filter takda dalam waranti, saya kena order harga dalam RM160+. Itupun kena ambik masa sebulan lebih baru dapat, sebab takda stock. Hampeh.

At last saya tak order dulu charcoal filter tu, saya guna je cooker hood tu tanpa charcoal filter. Apa-apa pun, saya nak komen pasal brand faber ni, agak bising walaupun tanpa charcoal filter. So far, produk ni ok lah, just charcoal filter tu sangat sensitif even kena api menjulang in just a second.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon