Perodua Bezza Model Baru Dilancarkan April 2017
Hari ini berkesempatan usha model baru Perodua Bezza bagi varian Premium X dan Advance. Memang betul lah kata cicak, model baru bezza ni dah kurang Tonggek nya berbanding dengan keluaran bezza sebelum ni. Boleh tahan juga exterior Bezza ni. Nampak besar dan 'gap' kata orang Sarawak.
Bagi Bezza premium X (auto) harga ditawarkan adalah RM47000 manakala bagi standard Advance adalah RM53000. Beza RM6000. Bagi saya, harga Bezza standard Advance ni still sangat berbaloi dan kompetitif.
Dah tanya bayar bulanan kalau full loan dengan interest 3.5% untuk 9 tahun, bagi premium X adalah RM540+ sebulan dan Advance pula adalah RM640+ sebulan. Tepuk dada tanya poket ye. ;)
Kalau dibagi pilihan, axia atau bezza, saya akan pilih bezza, sebabnya ruangan bonet belakang yang besar dan mudah nak angkut barang.
Perodua Bezza Model Baru 2017 |
Tags:
#2017#Perodua Bezza
3 Comments