Powered by Blogger.

Resepi Scramble Egg

Resepi Scramble Egg @ Telor hancur
Hari ni untuk breakfast, saya buat menu scramble egg. Yelah, menu untuk orang diet. Hari-hari hadap telur. Haha. So kena lah lain-lain sikit resepi nya setiap hari. Jom terjah resepi paling simple ni.

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu besar susu segar (saya guna low fat milk dutchlady)
Sedikit garam
Lada hitam kasar
Serbuk daun parsley (takde pun takpe)
1 sudu makan Mentega


Cara-cara:
1. Pecahkan kesemua telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar.

2. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga sekata.

3. Panaskan non stick pan dan masukkan mentega hingga cair.

4. Masukkan adunan telur dan kacau sentiasa agar telur masak sekata.

5. Dah masak, hidangkan dengan tabur lada hitam kasar dan daun parsley.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Scramble Egg"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top