Resepi Kek Butter Soft Harimau Malaya Mudah dan Sedap
Kek ni nama ja digubah tambah Harimau Malaya kat belakang sebab kek dibagi color kuning dan hitam. So nampaklah belang-belang macam harimau kat situ. Resepi ni diadaptasi dari saudari June Ahmad dari group 'Masak apa hari ini (mahn)' iaitu Resepi Soft Butter Cake. Jum terjah resepi kek butter soft harimau malaya yang super mudah dan yang penting sedap ni.
⚘
Resepi Kek Butter Soft Harimau Malaya Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
⚘ 250g butter
⚘ 1 cawan rata gula halus
⚘ 4 biji telur gred A
⚘ 2 cawan rata tepung naik sendiri(ayak). (kalo guna tepung gandum tambah 1 sdt baking powder)
⚘ 1/2 cawan susu cair
⚘ 1 penutup botol esen vanilla
⚘ 2 sdb serbuk koko
Pewarna kuning
Cara-cara nya:
- Pukul butter dan gula lebih kurang 12 minit. (Guna mixer)M
- Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu. Pukul perlahan.( setiap kali masukkan telur pukul 1 minit). (Guna mixer)⚘
- Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang seli sambil kaup balik adunan guna senduk. (Kaup guna senduk)B
- Bahagi adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian diletak color kuning dan satu lagi letak 2 sudu besar serbuk koko.
- Gris loyang saiz 7@8 (sy guna loyang 8*inci, kalau nak kek tinggi, saya sarankan guna loyang 7') dan letak baking paper.
- Masukka nadunan berselang seli hingga habis.
- Bakar selama 40 minit @ hingga masak. Guna api atas dan bawah. Suhu 180°c. (oven haruslah panaskan 10 minit terlebih dahulu sebelum bakar kek).
credit : June Ahmad #mahn
Terima kasih sangat-sangat kepada tuan empunya resepi sudi kongsi reswpi butter cake yang mudah, jimat dan sedap ni. Firstime menjadi buat kek butter. Dulu buat, tak jadi. :(
Resepi Kek Butter Soft Harimau Malaya |
2 Comments