Disini saya kongsikan dahulu resepi Soft Butter Cake, kredit kepada Puan June Ahmad di Group FB Masak Apa Hari Ini (MAHN) untuk rujukan saya nanti. Sepatutnya nak buat hari ini. Tapi terkurang pulak satu bahan iaitu susu cair so postpone dulu lah. Bahan pun ringkas dan mudah. Doakan saya berjaya buat ye. Dah selamat dan berjaya buat nanti, saya akan review di blog saya ni ok.
Sumber Gambar: June Ahmad |
BAHAN-BAHAN:
- 250g butter
- 1 cawan rata gula pasir (kisar)
- 4 biji telur gred A
- 2 cawan rata tepung naik sendiri(ayak)... (kalo guna tepung gandum tambah 1 sdt baking powder)
- 1/2 cawan susu cair
- 1 penutup botol esen vanilla
- 2 sdb serbuk koko
CARA-CARANYA:
- Pukul butter dan gula selama lebih kurang 12 minit. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu dan pukul perlahan.(setiap kali masukkan telur pukul 1 minit)
- Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang seli sambil kaup balik adunan guna senduk.
- Bahagi adunan kpd 2 bahagian. Satu kaler asal dan satu lagi letak serbuk koko.
- Gris loyang saiz 7@8 (sy guna loyang 8*inci) dan letak baking paper. Masukkan adunan berselang seli hingga habis.
- Bakar selama 50 minit @ hingga masak. Api atas dan bawah. Suhu 180°c.
credit : June Ahmad (Masak Apa Hari Ini #MAHN)
0 Comments