-->

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Hai dan hai buat semua yang sudi berkunjung ke blog picisan luarteko saya ini. Dan buat julung kalinya, saya menyertai peraduan yang dianjurkan oleh laman membeli belah online yang saya kira terbesar dan terkenal di Malaysia iaitu Lazada.com.my. Kalau anda adalah seorang kaki shopping online, agak MUSTAHIL kalau tak kenal dengan Lazada. Betul tak? Contest ini akan berlangsung bermula dari 1 November hingga 14 November 2017. Maklumat berkenaan contest ini anda boleh rujuk di link ini ya >> https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Sumber: Lazada.com.my

Buat kaki shopping online agak mustahil kalau tidak mengenali laman membeli belah online terHangat di Malaysia iaitu Lazada.com.my. Sekarang di Lazada tengah hangat dengan Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution) yang berlangsung bermula 11 November hingga 14 Disember 2017.

Bila cerita pasal shopping online ni, teringat dengan pengalaman di awal-awal terjebak dengan shopping online. Pembelian pertama saya di Lazada.com.my adalah sempena nak beli hadiah  untuk suami saya. Sebab suami saya ni seorang yang sukakan muzik, jadi saya usya MP3 Sony di Lazada. Dan setelah buat kajian, baca review dari mereka yang pernah membeli di Lazada, saya telah ter'order' SONY NWZ B183F MP3 Player 4GB  -berwarna merah beserta dengan Sony Warranty pada 14 Februari 2015. Parcel diterima pada 4 Mac 2015. Agak nervous juga waktu tu, takut kes kena tipu. Almaklumlah baru pertama kali membeli secara online. Pengalaman pertama saya membeli online ni mungkin tidak semanis anda-anda di luar sana. Kenapa saya cakap tak semanis anda barangkali? Sebabnya, MP3 yang saya terima terdapat 'minor problem'. Hampa juga waktu tu. Dahlah tu nak buat hadiah buat suami. Huhu. At last, saya emel pihak Lazada dan maklumkan tentang kerosakan produk beserta dengan gambar. Satu pujian buat team Lazada yang respon kepada aduan saya dengan cepat. Saya telah menghantar semula parcel MP3 tersebut untuk ditukar kepada set yang baru. Terima kasih Lazada. 

Produk pertama dibeli secara Online iaitu MP3


Pengalaman pertama pembelian online bila barang yang diorder terdapat minor problem
dapat tukar dengan Set yang Baru.

Selepas dari peristiwa manis dari pembelian pertama secara online, anda mungkin berfikiran yang saya akan trauma nak shopping online lagi kan?? No. no. no. Sebab saya yakin dengan servis Lazada, saya meneruskan dengan pembelian saya yang seterusnya iaitu pada 2 Mac 2016.

Pembelian seterusnya dan hingga kini. :)

Pembelian saya pada tahun ini dari Lazada adalah smartphone iaitu Redmi4X. Memang terbaik thoq. Setakat ini alhamdulillah tiada lagi peristiwa manis dalam pembelian secara online. 

Oklah, apa yang bestnya pembelian secara online ni? Ni ha, saya jawab ye. Satu yang best nya dan membuatkan saya suka sangat membeli secara online adalah, kita mudah nak buat urusan jual beli, taip sahaja nama produk yang kita nak cari di ruangan 'Search' di laman Lazada, tuppp akan keluar beratus-ratus pilihan produk yang kita nak. Tinggal nak bandingkan dan pilih je lagi.

Antara jenis produk yang saya lebih suka membeli secara online adalah handphone. Sebabnya, saya boleh nak buat perbandingan setiap kelebihan dan fungsi setiap handphone tanpa perlu nak hadap muka jurujual yang akan 'moody' bila kita tak jadi nak beli. Haha. Jadi tak nak sakitkan hati sendiri, saya lebih suka membeli handphone secara online.

Antara produk-produk yang saya pernah beli melalui Lazada adalah MP3 Sony, aksesori handphone, rose's buds, handphone Redmi4X dan terbaru adalah Topup kredit Digi saya. :). Haaa, satu lagi nak cerita, hari itu, saya tambah nilai kredit Digi bernilai RM30 dan saya hanya beli pada harga RM24. Murah kan?? Waktu tu Lazada tengah buat promosi. Berbaloi tak berbaloi?

Bersempena dengan Online Revolution Lazada ni, saya memang tengah usya Trio Food Steamer ni. Tengah kira bajet untuk hujung tahun ni cukup ke tak, kalau ada lebih memang nak grab satu steamer ni. Boleh buat kukus kek. Jual kek lapis Sarawak secara online pula.Haha. Doakan saya ye.

Trio Food Steamer yang saya tengah usya sekarang


Buat anda di luar sana "STAY TUNED!" ya sehingga 12.12.2017 ini bersempena dengan ONLINE REVOLUTION di laman membeli belah terkenal Lazada.com.my. Happy Online Shopping u alls. :)



Baca juga:

0 Comments



Emoticon