Powered by Blogger.

Perancangan Rawatan IUI Kali Kedua

Perancangan Rawatan IUI Kali Kedua

Selasa minggu lepas, saya telah berjumpa semula dengan pakar gynae bagi susulan rawatan iui kali kedua. Disebabkan haid yang kucar kacir semula (last haid, bulan Ogos yang lepas), doktor telah bagi pil hormon iaitu Medroxyprogesterone acetate 5mg untuk aku makan selama 5 hari (2 tablet 3 kali sehari). Hmm. Agak kuat juga efek lepas makan pil hormon ni. 3 hari pertama selepas makan pil hormon yang diberi, badan aku akan mula panas menjelang malam. Asal malam sahaja, mulalah aku kepanasan demam. Yang pelikknya keesokannya di siang hari, ok pula.huhuhu. Adakah ini efek makan pil hormon? Aku pun tak pasti.

Pil Hormon (Medroxyprogesterone acetate 5mg)


Sekarang ni, aku masih menanti cik haid yang belum juga berkunjung tiba. Kalau lambat datang haid kali ini, memang aku terpaksa postpone kan rawatan kali kedua ini ke awal tahun hadapan. Serius risau pula, sebabnya paham-paham saja lah kalau di awal tahun memang dah banyak program dan perancangan berkaitan kerja. Jadi aku risau juga akan buat aku stress dan huru hara sikit nak buat rawatan iui ni. Ya Allah moga dipermudahkan urusan kami suami isteri untuk Rawatan IUI kali kedua ni. Semoga ada rezeki kami untuk menimang zuriat sendiri tahun depan. 

Perancangan Untuk Rawatan IUI kedua aku ni adalah:

Hari pertama haid : Kena call nurse untuk inform yang aku dah period dan mudah untuk nurse set tarikh bila kita perlu datang scan dan iui.

Hari kedua haid: Start 2.5mg clomid (2 tablet sehari)
Hari ketiga haid: 2.5mg Letrozole (fungsi sama macam clomid)
Hari ke4 haid :  2.5mg Letrozole
Hari ke5 haid : 2.5mg Letrozole
Hari ke6 haid : 2.5mg Letrozole

Hari ke7  : Suntikan Gonal 100 + Progynova 1mg
Hari ke8 : Suntikan Gonal 100 + Progynova 1mg
Hari ke9 : Suntikan Gonal 100 + Progynova 1mg
Hari ke10 : Suntikan Gonal 100 + Progynova 1mg

Hari ke11 : Scan telur
Hari ke 12 - 15 : Doktor akan set tarikh bila prosedur rawatan iui akan dibuat.

Moga dipermudahkan urusan kami suami isteri untuk rawatan iui kali ini. Doakan kami.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Perancangan Rawatan IUI Kali Kedua"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top