Resepi Muffin Coklat Terlajak sedap
Hi. Esok saya dapat jemputan ke Majlis Birthday anak saudara. Jadi tak tau nak buat apa sebagai buah tangan, akhirnya saya pakat nak buat muffin coklat. Jenuh google resepi muffin yang sedap, dan bahan ringkas je. Setelah puas menggodek blog, akhirnya saya terpaut terpikat nak ikut resepi dari sis Azie Kitchen. Jom lah kita terjah ya.
Muffin Coklat Versi Luarteko 😁 |
Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder*
2 sudu kecil soda bikarbonate*
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder*
2 sudu kecil soda bikarbonate*
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam
(Yang bertanda * saya tukar guna tepung naik sendiri je)
Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
3/4 cawan air panas
Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
4 Comments