-->

Bebas dari Braces

Ini kisah aku. Kisah yang tidak pernah aku impikan. Ya. Tidak pernah terniat nak mengubah , membuat susunatur balik susunan gigi aku yang lintang pukang sebelum ni. Tapi entah macam mana aku dipertemukan dengan seorang sahabat yang nak pasang braces. Dah alang-alang teman dia survey harga buat braces tu, tuuppp aku pun terjebak sama. Disebabkan jumpa dental yang offer harga yang masih mampu untuk aku tanggung kos rawatan nya. Dental tempat aku buat braces dan followup selama tempoh 2 tahun 3 bulan ni adalah Chen Dental. Yang terletak di Jln Tun Ahmad Zaidi Adruce.

1 tahun lepas pakai braces

3 bulan selepas buka braces


Secara rasminya aku telah BEBAS daripada cengkaman besi atah BRACES ni adalah pada sebelum bulan puasa 2018 yang lepas. Alhamdulillah. Tapi perlu diingatkan sebelum nak buka braces tu aku perlu buat pembayaran penuh bagi baki yang belum dijelaskan. Baki yang aku perlu jelaskan adalah RM2990. Setelah baki dijelaskan, barulah braces dibuka dan doktor chen telah buat retainer untuk aku. Haa retainer ni perlu dipakai setiap masa untuk lebih kurang 2 tahun. Hanya perlu dibuka ketika makan.

Part retainer ni, aku agak mengelat sikit, waktu kerja aku memang tak pakai pun retainer ni. Sebabnya, mengganggu sangat percakapan. Hanya pakai waktu tidur sahaja. Aman sedikit. Itu pun rasa nak meleleh ja air liur.

Aku nak minta maaf buat sahabat blogger yang pernah komen kat entry aku sebelum ni berkenaan braces, sebab terlewat nak update tentang perkembangan terkini dan terakhir aku berkenaan braces ni. Buat yang masih lagi dua tiga nak pasang braces ni, anda pikir-pikirkan lah. Harga buat braces sekarang, aku tak tahu ok. Yang tu korang kena survey sendiri dah. Aku buat pada 2 tahun yang lepas dapat harga rm5900 + rm100 (moulding). Selamat membuat survey ye. 

Baca juga:

1 Comments

avatar

brapa total cost polah bracess ktk? and masa follow up ya ada bayaran?

Balas delete



Emoticon