Assalamualaikum. Kali ni baru ada kekuatan untuk teruskan blog aku ni. Berkenaan iui ke 4 aku, dukacita dimaklumkan prosedur iui tu tak dapat diteruskan atas sebab kualiti telur yang tidak bagus dan tidak membesar dengan jayanya. Doktor gynae maklumkan dengan aku, prosedur tak dapat diteruskan dan dia suruh aku proceed terus ke Ivf. Waktu tu aku iya iya kan saja. Pilu. Sedih. Kecewa. Aku cakap, aku bincang dulu dengan suami. Samada nak buat ivf di swasta atau HKL.
Aku terus berjalan keluar dari klinik pakar dan tunggu kawan ambik. Bila masuk je dalam kereta kawan aku, aku terus menangis ikut sukahati aku nak nangis. Lama beb aku tahan perasaan nak nangis. Takkan aku nak nangis kat klinik. Buat haru dan malu ja. Bila dah puas nangis, baru aku ada kekuatan nak bercerita dengan kawan aku. Thanks sahabat, ada tika aku perlukan sokongan dan kata-kata yang dapat melegakan jiwa aku.
Untuk perjalanan ivf aku pula, nanti-nanti aku akan ceritakan ok. Buat masa sekarang aku muhasabah diri dulu. Haha. Ok guys. Buat kawan-kawan yang dalam perjuangan ttc, jangan cepat mengalah ok.
0 Comments