April 2018 yang lepas, aku dan suami akhirnya sepakat last minit plan bercuti ke Singapore. Bayangkan, esok nak flight ke JB, malam nya baru aku terhegeh-hegeh carik money changer nak tukar duit ke dollar singapore. Aku nekad pergi tukar duit seorang diri. Waktu tu suami aku gi main badminton. Yang pasti lepas berjaya tukar duit, baru aku call dia, bagitahu yang trip ke Singapore tu jadi. Hahahahaha. Hotel kat singapore pun aku booking malam tu juga. Aku booking di Hotel ABc. Yang tu je hotel bajet yang dalam bajet aku. Almaklum cuti bajet kan. Kos trip bajet ke Singapore ni kurang daripada RM1000 untuk 2 orang. Gila tak bajet.
Walaupun ni trip bajet, tapi percutian kali ni ke Sinagpore, aku puas hati sangat sebab dapat mengelilingi singapore dan pergi tempat tumpuan pelancong terutama kawasan bandar. Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita nak masuk bandar singapore. Sebelom ni, trip aku ke singapore, hanya masok ke USS sahaja untuk 1 hari.
Untuk full trip dan kos sepanjang 2 hari 1 malam aku kat singapore, aku akan share di kemudian hari ok. Kena cari ilham dan gali balik memori yang dah aku post kat fb. Nak update blog sebelom ni, mood ke laut sangat.
1 Comments