Saturday, December 8, 2018

Western Food Talam di Kasturi 7, Kuching

Western Food Talam di Kasturi 7, Kuching

Ahad yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ke Kasturi 7, Kuching untuk sambut birthday baby December. Kasturi 7 ni terletak tidak jauh dari LPKN Kuching. Apa yang menariknya menu di sini adalah kepelbagaian menu di dalam satu talam. Kami order Kasturi Combo set A3 (Grilled Mix - Chicken and lamb) + side menu untuk 2 orang sebanyak 2 set. Harga pun sangat berbaloi, iaitu RM39 setiap set termasuk air. Berbaloi-baloi. Total harga untuk kami 11 orang malam tu adalah RM162. Murah dan puas hati.

Selain ada combo set ini, bagi yang nak menu yang simple saja pun ada. Banyak pilihan lain. Terpulang lagi ikut selera tekak masing-masing. Untuk yang mana nak booking boleh call nombor ni 010-9647084. Tapi sangat terhad lah. Sebab table sangat limited. Apa-apa pun kami sefamili sangat puas hati makan kat sini walaupun agak sempit sikit kat sini.

No comments:

Post a Comment