Rawatan Perubatan Islam
Tahu tak, sebelum ini aku antara manusia yang tidak mempercayai sakit gangguan yang berpunca daripada makhluk yang tidak dapat dilihat di mata kasar kita manusia. Tapi disebabkan aku teruk kena gangguan pada awal tahun lepas iaitu ketika proses iui ke dua aku. Antara tanda dan gejala yang aku kena pada waktu tersebut adalah:
1. Kerap mimpi ular berbisa.
Mimpi ular ini memang kerap dalam 2 minggu tu hampir setiap malam aku akan mimpi gangguan ular hitam ni. Waktu kerap mimpi ular ni, aku masih anggap ianya mainan tidur semata-mata.
2. Bermimpi didatangi seorang perempuan berambut panjang warna hitam dan perempuan tua berambut putih tanpa menampakkan muka.
Mimpi yang ini aku mimpi didatangi perempuan berambut panjang hitam dalam keadaan yang menyeramkan. Mimpi perempuan ni aku kena 2 malam berturutan. Malam ketiga aku bermimpi didatangi seorang perempuan tua berambut putih panjang pula. Dua-dua keadaan perempuan yang aku mimpi ni macam kak ponti.
3. Bermimpi ditindih dan bersetubuh dengan makhluk yang tidak dikenali.
Bila mimpi macam ni, aku makin rasa tak sedap badan. Aku waktu ni dah start mula rasa risau. Aku takut benda-benda macam ini mengganggu proses aku untuk rawatan kesuburan.
4. Rambut teruk gugur.
Yang ni memang aku tak dapat nak buat apa. Lantai dalam bilik dan bilik air memang penuh dengan rambut aku.
5. Kerap sakit kepala dan migrain.
Aku perasan dalam tempoh aku didatangi mimpi yang pelik-pelik, aku kerap sakit kepala dan migrain.
6. Mimpi menyusukan bayi.
Mimpi menyusukan bayi ini memang aku rasa real ja. Aku dulu anggap ni as mainan tidur juga mungkin disebabkan otak aku yang kerap memikirkan nak anak. So Sad.
Disebabkan petanda mimpi yang pelik-pelik di atas, aku minta pendapat kawan aku yang berada di Miri. Beliau menyarankan aku agar mendapatkan rawatan Islam dengan segera. Aku waktu ni macam yakin tak yakin. So aku cakap aku pikir dulu. Hampir sebulan lepas tu, baru aku bagitau kawan aku tu yang aku dah ready untuk mendapatkan rawatan dengan ustad tempat beliau pernah berubat dulu. Tiket flight dan bilik hotel dah ditempah. Kawan aku siap ingatkan aku, agar jika berlaku apa-apa segera hubungi dia. Aku pun macam anggap benda biasa je tu. Sehari sebelum hari penerbangan aku dan suami ke miri, aku mempunyai emosi yang sangat teruk dan aku sendiri sukar nak kawal. Jiwa aku seolah-olah memberontak, siap aku boleh menjerit di dalam kereta kawan aku. Astaghfirullahalzim. Aku rasa kawan aku mesti scary gila waktu tu. Maafkan aku duhai sahabat. Nasib baik benda tu tak memberontak sampai aku nak naik flight ke miri. Aku pun tak tau mana datangnya semangat aku bila time aku nekad nak gi berubat di Miri hingga terus beli tiket flight dan bilik hotel. Alhamdulillah, aku dan suami selamat sampai di Miri. Sampai di airport, kawan aku yang ambik dan drop di hotel.
Malam nya ketika tidur di hotel, dalam tengahmalam sekitar pukul 1 - 2 pagi, aku terbangun disebabkan aku tercium bau bangkai. Macam bau bangkai cicak. Bau tu sangat kuat sampai aku bising dengan suami yang bilik tu berbau bangkai. Suami aku macam mengabaikan sahaja apa aku cakap dan terus sambung tidur. Bau bangkai tu berterusan sampai ke pagi dan aku siap bagitau dengan pihak hotel minta tukar bilik sebab bilik bau bangkai. dan aku suspek ada cicak mati dalam aircond. Pihak hotel bagitau mereka akan periksa dahulu bilik sepanjang ketidakberadaan aku di bilik. Yang sebenarnya, pada malam tu, suami aku bagitau dia tak cium apa-apa pun bau bangkai seperti yang aku hidu. Sebab itu dia abaikan saja. Petangnya lepas balik berubat pun, pihak hotel bagitahu tiada bau bangkai dan tiada bangkai binatang di dalam kawasan aircond. Dan betul, bila aku masuk balik semula kat dalam bilik, memang tiada lagi bau bangkai.\
Ketika aku nak berubat dengan ustad tu, dia ada tanya macammana tidur semalam? aku cakap lah yang aku cium bau bangkai cicak sepanjang malam. Dan ustad tu bagitahu, yang benda tu yang punya angkara. Sebab tu lah bila aku balik ke bilik selepas berubat dengan ustad tu, dah tiada bau bangkai tu lagi.
Selepas berubat dengan ustad dan mandi air tawar yang ustad tu bagi, baru aku dapat tidur dengan aman. Siap sekali pakej mimpi ada binatang berbisa yang menyerupai kala, ular hitam dan berbulu mati dalam bilik air rumah aku. Allahuakbar. Memang betul Allah hantarkan mimpi petanda untuk aku selama ini petanda yang badan aku teruk kena gangguan makhluk tersebut.
Oklah, actually panjang lagi kisah aku ni. Perkara ni tidak haabis setakat di miri, ia bersambung hingga aku balik ke kuching. Nanti ada masa aku ceritakan part 2 lagi ok. Dan sekarang aku baru lepas balik dari berubat dengan seorang Ustad di Melaka. Yang ni rawatan susulan. Kita ikhtiar selagi boleh. Insyaallah.
Tags:
#My Life#rawatan islam
0 Comments