Layan menu western di Mr Steak House Shah Alam

Layan menu western di Mr Steak House Shah Alam

Sejak berkampung di Selangor ni, kerja aku kat sini memang makan je kerjanya. Yang pasti menu aku kat sini selalunya western sebab budak budak ni suka bebeno order chicken chop.

Salah satu port yang ada western menu ni di area Selangor ni adalah Mr Steak House, Shah Alam. Apa yang menariknya di sini, semua menu western yang dihidangkan sedap dan harga pun berbaloi. Tidak terlalu mahal. Still ok lah.

Kat sini korang mesti try spagetti bolognese cheese diorang. Memang sedap dan terbaik. Harga pun baru rm13+ . Kuantiti pun banyak dan yang paling utama sedapnya lah haii..

Kali kedua kami gi makan kat sini adalah pada minggu lepas. Kali ini kali seramai 17 orang. Jumlah bayaran untuk kesemua order adalah Rm338. Kira ok lah kan. Bagi aku berbaloi lah.

Set mix lamb chop

Macaroni cheese


Antara menu yang kami order:
Spagethi bolognese (3 set) 
Aglio olio (1 set)
Fish & chip (3 set)
Pizza 1 set
Set salmon
Mix lamb chop (2 set)
Lam chop (2 set)
Macaroni cheese (1 set)
Macaroni (1 set)
Chicken chop (3 set)


So far just set salmon yang tak kena di tekak. Maybe sbb aku bukan peminat salmon kot. Apa apa pun aku memang suggest sangat untuk korang yang nak buat event like celebrate birthday ke kat sini. Memang selesa. Sebelum datang ke sini pun, aku dah siap booking dulu meja melalui whatsapp. Tq tokey kedai.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon