Rawatan IVF di Hospital Kuala Lumpur 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kalian yang sedang melayari blog picisan saya ni. Maaf agak lama tidak mengemaskini blog saya ni sehingga agak serabut. Bagi yang pernah mengikuti perkembangan diri saya di blog sebelum ini, mesti tahu akan perjalanan hidup saya yang tengah Trying To Conceive (TTC) sekarang. Alhamdulillah, pada Disember 2018 yang lepas saya telah mendapat panggilan daripada staff nurse Hospital Kuala Lumpur bagi memaklumkan kepada saya yang saya sudah boleh untuk membuat IVF dan hanya perlu menunggu kedatangan Haid. Hari ke 2 atau ke 3 (hari bekerja) saya perlu mendaftar diri di Unit fertiliti HKL untuk membuat Transvaginal Scan (TVS). Ohya sekiranya hari ke 2 atau ke 3 jatuh pada hari cuti, maaf anda kena tunggu untuk kitaran haid yang seterusnya pula untuk rawatan IVF. 

Buat rakan-rakan yang berada di Sabah Sarawak, saya nasihatkan untuk telefon dulu Unit fertiliti HKL sebelum nak beli tiket flight ya. Sebab saya dah kena sebelum ni. My Mistake. Sebab teruja sangat, saya beli terus tiket flight dan lepas tu baru telefon unit fertiliti bagitau pasal saya nak buat temujanji. Nasib tak menyebelahi saya, bila staff nurse tu bagitau yang apa2 rawatan ivf ditangguh sehingga hujung bulan februari.Ini disebabkan ramai staff dan doktor yang cuti. Betul juga. Doktor dan pakar bius ramai cina. So saya taknak anda pula yang mengalami kerugian macam saya ya.

Gambar kenangan selepas buat OPU di HKL.
Waktu ni tengah keboringan dan tunggu bila
boleh discaj.


Saya mula buat rawatan ivf pada April 2019 yang lepas. Bagi memudahkan pemahaman semua, saya buat dalam bentuk jadual sahaja k. Untuk info, sebelum ni nurse dari Unit fertiliti dah telefon maklumkan saya dah boleh start buat iVF dan dia ada terangkan tentang bila start rawatan. Temujanji pertama adalah hari kedua atau ketiga haid untuk datang ke unit fertiliti untuk buat transvaginal scan (TVS). Dan sekiranya hari kedua atau ketiga jatuh pada hari cuti, sabtu atau ahad, secara automatic nya, rawatan ivf kena tunggu kitaran haid seterusnya.

Ini nota yang sempat saya buat sepanjang menetap di KL


23 Mac 2019, sabtu (Day 1)
24 Mac 2019, Ahad (Day 2)
25 Mac 2019,Isnin (Day 3) : Temujanji pertama di HKL - Buat Transvaginal scan dan dibekalkan Gonal 225). Terus bayar RM850.

26 Mac 2019, Selasa (Day 4) : Gonal 225 (Ubat hormon)
27 Mac2019, rabu (Day 5): Gonal 225
28 Mac 2019, khamis (Day 6): Gonal 225
29 Mac 2019, jumaat (Day 7): Gonal 225
30 Mac2019, sabtu (Day 8): Gonal 225
31 Mac 2019, ahad(Day 9): Gonal 225
1 Apr2019, isnin (Day 10): Temujanji kedua di HKL bagi TVS + Gonal 250
2 April 2019, selasa (Day 11)
3 April 2019, rabu (Day 12) :Temujanji ketiga di HKL bagi TVS + Gonal 250 + Cetroxide (Ubat untuk tahan telur dari pecah terlalu awal)
4 April 2019, khamis (Day 13): Gonal 250 + Cetroxide
5 April 2019, Jumaat (Day 14): Temujanji keempat di HKL + Gonal 250+ Cetroxide
6 April 2019, Sabtu (Day 15): Gonal 250 + Cetroxide (kedua-dua ni cucuk pagi) + HuCog 10,000 iu (cucuk pukul 10malam). Fungsi Hucog ni untuk pecahkan telur dalam tempoh 36 jam.
7 April 2019, Ahad (Day 16):
8 April 2019, Isnin (Day 17): Admit HKL untuk Ovum Pickup (OPU) -Prosedur pukul 1030 pagi + husband kena bagi sperm. Terus buat bayaran RM1600. Lepas OPU doktor terus insert ubat vaginal dan suruh makan ubat progynova. Lepas OPU terus dihantar balik ke wad untuk pemantauan. Dalam petang pukul 4 petang dah boleh discaj. Ohya lepas OPU si isteri akan dapat 3 hari sickleave ok. Jangan lupa tanya ok.

9 April 2019, Selasa (Day 18): Progynova + Vaginal ubat
10 April 2019, Rabu (Day 19): Progynova + Vaginal ubat
11 April 2019, Khamis (Day 20): Temujanji kelima di HKL untuk Fresh Embryo Transfer. Dan berita sedihnya, pada 10 April lagi saya dah tahu tentang status embrio yang tidak berkembang baik. Embriologist waktu tu tidak bagi harapan tinggi sangat. Sebab dia kata, kualiti embrio tu tengah-tengah. Sedih wakkkk.. Bila sampai kat HKL, time nurse suruh panggil suami sekali, saya memang dah agak, confirm tak dapat proceed Fresh Embrio transfer ni. Dan ya, doktor pakar bagitau, kualiti embrio sangat tidak bagus dan sia-sia untuk pindah masuk ke rahim.Setelah bincang dengan pakar dan suami, aku decide waktu tu terus untuk tidak transfer. Sedihhh oii.. Patah hati ni. Waktu tu tak dapat nak nangis depan doktor bukan sebab saya kuat ke apa. Tapi sebabnya waktu tu saya dah kesakitan di bahagian rahim kena Mild OHSS. Terus bagitau doktor dan doktor terus scan. Doktor bagitau ada kantung air di bahagian rahim, dan sebab tu saya teruk kena sakit. Doktor nasihatkan untuk banyakkan minum air dan makan putih telur mentah. Makan putih telur mentah tu memang saya tak lalu la. Solusi nya saya beli minuman protein dari Guardian. Alhamdulillah. 2 3 hari lepas tu, sembuh.


Untuk pasangan dari Sabah Sarawak, mungkin boleh rujuk jadual yang saya buat di atas ya. Untuk memudahkan anda untuk mengatur cuti anda dan kira kos perjalanan ke HKL nanti. Saya buat ni pun bagi memudahkan saya untuk masa akan datang. Insyaallah, saya akan buat rawatan IVF kedua pada November ini. Doakan saya ya.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon