Difflam Rawatan Segera Sakit Tekak
Sakit tekak adalah salah satu sakit yang memang saya sangat nak elakkan.Salah satu sebabnya adalah selera memang tiada dan susah atau sakit nak menelan. Dah 2 hari ni saya demam dan sakit tekak. Seperti kebiasaan saya, untuk rawatan segera sakit tekak ni, saya amalkan difflam anti-inflammatory Lozenges. Difflam ni korang boleh cari sahaja di mana mana farmasi atau outlet guardian/watson berhampiran. Insyallah ada.
Difflam |
Difflam |
Kebanyakan farmasi di Kuching ni banyak yang tiada jual difflam ni. Antara farmasi yang saya tahu ada jual ni adalah farmasi di sebelah pizzahut satok (sori, lupa nama farmasi).Harga sepapan difflam ni pun belasan ringgit tau. Agak mahal tapi sangat bagus. Digalakkan amal (macam korang kemam gula gula) difflam ni selepas makan dan minum ye. Insyaallah lepas je habis seketul difflam tu, korang akan rasa perubahan sakit tekak tu. Tak percaya:? Tunggu korang sakit tekak lepastu cari lah difflam ni. :)
Ohya Difflam ni ada banyak jenis tau. Ahli farmasi nanti akan tanya korang tengah batuk, demam atau sakit tekak saja? macam kes saya, sakit tekak, so ahli farmasi tu bagi yang jenis warna pink ni. So far, ok la juga. Sebelum ni, saya amal yang color purple, untuk batuk dan sakit tekak. Pun berkesan.
0 Comments