-->

Dill's Restaurant Shah Alam

Dill's Restaurant Shah Alam
April yang lepas, waktu berkelana di rumah abang kat subang, saya berkesempatan buat sesi jalan jalan cari makan. Antara tempat yang saya terjah adalah Dill's Restaurant di Shah Alam. Apa yang menariknya di restoren dill's ni adalah mereka menyajikan set western food yang sangat murah dan sedap.
Waktu pertama kali jejak kat sini, saya order set chicken chop 1 dan set lamb chop satu. Haaaaa.. Gila tamak kan? Satu set chicken chop hanya berharga RM5.00 SAHAJA!!! Dan set Lamb chop pula hanya RM8.00 SAHAJA!!! GILA MURAH KAN. Semoga makin mencurah curah rezeki tokey restoren ni. Waktu saya wasap booking meja pun, sangat friendly mereka reply. Terbaik. Servis sangat ok. Untuk minuman juga harga nya juga murah amat jika nak dibandingkan dengan tempat lain.
Jadi, korang yang kalau tengah bajet takde, dan anak anak tetiba nak makan chicken chop , haaa bawak lah ke sini. insyaallah, dijamin puas hati. Saya sefamili siap tapau lagi untuk orang rumah. Sangat puas hati lah.
Sekian saya melaporkan dari Kuching, Sarawak.



Baca juga:

0 Comments



Emoticon