Guna Perencah Nasi Beriyani Maggi

Guna Perencah Nasi Beriyani Maggi

Assalamualaikum dan salam aidiladha buat semua umat Islam. Semalam dari lepas Isyak dah berperang di dapor untuk menyiapkan 2 hidangan iaitu Ayam masak merah dan Rendang daging. Kalau diikutkan tiada selera nak makan menu ayam atau daging ni, tapi sebab nak hantar lauk ke masjid,kena kuatkan semangat juga memasak with love. Ini pertama kali saya memasak dalam kuantiti yang banyak. Agak dubdab juga rasa hati.

Kebiaasaan bila di musim perayaan ni, mak saya memang akan masak nasik minyak untuk dimakan bersama lauk hidangan raya. Jadi, saya kena ikut juga jejak langkah mak saya. Hahaa. Jadinya, sebelom sembahyang raya,, saya dah bersilat balik di dapur nak masak nasi beriyani. Nasib ada perencah nasik beriyani Maggi. Selamat selamat.
Kalau korang tak confident nak masak nasi beriyani, saya cadangkan korang guna saja perencah Nasi Beriyani Maggi ni. Mudah dan sedap.

Cara Masak Nasi Beriyani Sedap Menggunakan Perencah Segera Nasi Beriyani Maggi.

Bahan:
Perencah nasi beriyani Maggi (2 peket)
Bawang merah bombay (1 biji besar) potong
1 bahagian ayam/peha ayam dipotong
1 biji tomato besar (potong)
4 cawan beras
Minyak sapi
4 1/2 cawan air

Cara:
1. Tumis minyak sapi dan bawang merah. Masukkan ayam.
2. Masukkan perencah nasi beriyani Maggi, tomato dan beras yang dah dibasuh.
3. Masukkan 4 1/2 cawan air.
4. Masak nasi sehingga masak.
5. Siapppp untuk dihidang.


Dalam kes saya ni, saya tak guna minyak sapi tetapi guna marjerin daisy sebab itu je yang ada. Beras basmathi pun saya takda, so guna je beras biasa, pun sedap. Ayam pun tiada sebab tak sangka terlebih rajin nak buat nasi beriyani di pagi raya. Haha. Apa-apa pun, nasi briyani saya tetap sedap walaupun kekurangan bahan. Jadi, masak cincai dengan penuh kasih sayang pun, menjadi juga. Alhamdulillah. Apa lagi?? Cuba la buat. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon