Wednesday, August 7, 2019

Bayar Bil Guna SARAWAK PAY Jimat Berganda

Bayar Bil Guna SARAWAK PAY Jimat Berganda

Apps Sarawak Pay

Siapa dah guna apps Sarawak Pay sini?? Kalau belum guna apps ni, sekarang anda boleh dah download apps ni di playstore okey. Apa kelebihan apps Sarawak Pay? Ok meh nak ringkaskan. Sarawak Pay ni kira macam mobile wallet di mana kita boleh buat pembayaran tanpa tunai/cash di kiosk/outlet yang menggunakan kaedah Sarawak Pay ini untuk pembayaran. Untung bayar guna Sarawak Pay ni. Macam sebelum ini, saya membeli barangan di KK Store Satok, dan jumlah pembelian saya adalah sekitar RM12 lebih. Dan reward/cashback yang saya dapat adalah RM2 lebih. Gila untung dan jimat. Setiap cash reward yang kita dapat ni, akan masuk dalam akaun sarawak pay kita. Dan boleh guna untuk pembayaran atau pembelian yang seterusnya di mana-mana outlet yang ada Sarawak Pay ni.

Saya mula berjinak jinak guna Sarawak pay ni untuk membayar Bil Sesco dan Bil KWB. Bayar untuk kedua-dua bil ni pun banyak dapat cash reward tau. Disertakan dibawah adalah history penggunaan akaun Sarawak Pay saya.

Cashback campaign tu adalah reward
yang saya dapat selepas bayar bil

Jadi,buat siapa-siapa yang ada kedai atau bisnes tu, bolehlah sertai Sarawak Pay ini bagi memberi pilihan kepada pembeli anda untuk membuat bayaran. Ohya kiranya Sarawak Pay ni dah jadi saingan dengan Boost la ya. :) Semoga makin besar reward lepas ni ya. Antara kedua-dua apps ni, Sarawak Pay punya reward besar lagi. Hee. Semoga bermanfaat ya.

No comments:

Post a Comment