Wednesday, August 7, 2019

Amanah dari Allah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah dengan limpah kurnia yang kau limpahkan kepada kami suami isteri. Emas yang ku pinta, intan permata yang kau kurniakan kepada kami suami isteri. April 2019 yang lepas, kami suami isteri telah dikurniakan intan permata yang tidak ternilai iaitu amanah Allah yang tidak akan kami sia-siakan.  April 2019 lahirnya permata hati kami yang pertama. Permata hati yang selama ini kami tunggu. Nikmat apa lagi yang kami dustakan. Nikmat yang ini sangat indah dan bermakna. Dalam kami tengah kesedihan bila IVF tidak berjaya, permata hati kami ini lahir. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah. Betapa bersyukurnya insanMU yang kerdil ini. Insyaallah akan kami jaga, belai, lindungidan didik amanah ini sehingga akhir hayat kami. Semoga rakan-rakan lain yang masih berusaha TTC, akan beroleh kejayaan dan mendapat rezeki anak dalam masa terdekat. 

No comments:

Post a Comment