Tuesday, August 6, 2019

Resepi Kek Lapis Masam Manis Cheese Terbaik

1 Jun 2019 yang lepas sempena Public holiday di Sarawak sempena Perayaan Gawai, saya menguatkan semangat dan jiwa untuk membuat Kek Lapis Masam Manis Cheese. Dulu saya memang tak makan kek lapis masam manis sebab saya tak suka makan hawflake atau kepingan asam tu. Tapi semenjak saya makan kek lapis masam manis yang kawan saya buat versi CHEESE, terus saya fall in love dengan Kek lapis masam manis versi cheese ni.
Memang sedap dan confirm tidak akan mengecewakan anak tekak anda. Moh le usha resepi dibawah. Ambik mood dulu, kalau ada kelapangan boleh lah anda cuba. Resepi di bawah adalah resepi yang saya ambil dari facebook pemiliknya Hidayah Julaihi. Just ada sedikit olahan dari saya dari segi warna. Kalau resepi ni guna 2 warna, saya guna 3 warna.



Kek Lapis Masam Manis Cheese

Bahan-bahan:
250 gram Cream Cheese  (Anchor)
450 gram mentega - Anchor
100 gram gula halus
1 tin susu pekat manis - timbang 350 g
10 biji telur gred A
30 gram ovellete @ 1 sb
230 gram tepung Hong Kong @ 100 g serbuk roti marie dan 130 tepong HK
Haw flakes secukupnya - saiz segiempat tepat (panjang)


Cara-cara:
1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete.
2. Setelah kelihatan sebati, masukkan cream cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga  kembang dan pekat.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
5. Perlahankan pada kelajuan rendah dan masukkan tepung Hong Kong.
6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian - 6 cawan kuning, 7 cawan hijau. Guna cawan (160 ml) yg menghasilkan saiz ketebalan yang sedang-sedang nipis.
7. Ambil 1 cawan adunan berwarna hijau pertama dan ratakan di atas loyang kek. Bakar api atas selama 6 minit pada suhu 170°C.
8. Keluarkan loyang kek dan jika kek menggelembung, cucuk permukaan kek dengan garpu. Tekan permukaan kek perlahan-lahan supaya lapisan lurus sekata.
9. Susun haw flakes 6x3 di atas lapisan kedua (kuning) dan ulangi langkah yang sama untuk lapisan seterusnya. 
* Lebih mudah, tuang adunan kuning dahulu, ratakan, kemudian barulah susun haw flakes di atasnya.

10. Guna loyang berukuran 8.5 X 8.5, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment