IVF kedua kami 2022
Assalamualaikum.Hari ini aku baru diberi kekuatan untuk berkongsi perjalanan IVF kali kedua kami suami isteri di Klinik ART, Hospital Kuala Lumpur. IVF kali kedua ni pun agak mencabar mental dan fizikal juga namun alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku selepas prosedur Ovum pick up.
Resit pembayaran untuk Embrio Freezing RM450 dan kad untuk panduan waktu proses stimulate ovari |
aku mula ke HKL pada Februari 2022 yang lepas untuk memulakan perjalanan prosedur rawatan IVF aku. Aku datang cun pada hari ketiga selepas period. Di sini aku sertakan nota yang mudah dah aku buat sewaktu proses IVF tu. Untuk nota ni terbahagi kepada 2 bahagian, di mana bahagian pertama adalah ketika proses untuk persediaan untuk rangsang ovari untuk keluarkan ovum sehingga ke proses Ovum Pick Up dan seterusnya Embrio Freez disebabkan aku berisiko untuk mendapat OHSS iaitu Ovarian hyperstimulation syndrome. Manakala bahagian kedua pula adalah proses Frozen Embrio Transfer.
BAHAGIAN PERTAMA:
D1 17.2.2022 thu- FLY KL
D2 18.2.2022 fri- 1st apt HKL MC
D3 19.2.2022 sat-ON tx (treatment)
D4 20.2.2022 sun- on tx
D5 21.2.2022 mon- on tx. Keja
D6 22.2.2022 tue- on tx. Keja
D7 23.2.2022 wed- on tx. Keja
D8 24.2.2022 thu -on tx.kj. Fly KL
D9 25.2.2022 fri- tvs HKL tambah 1:dose ubat
D10 26.2.2022 sat rmh azi- cek in velocity w amer
D11 27.2.2022 sun rmh azi* sakit dada on off
D12 28.2.2022 mon tvs HKL masih sakit dada. Dah inform pakar.
D13 1.3.2022 tue - pakar bius apt
D14 2.3.2022 wed TVS telur jam 9pm tepat kena cucuk ubat 2x, dan sebelom tido dalam jam 11pm makan ubat tablet selama 8 hari
D15 3.3.2022 thu
D16 4.3 fri jangkaan OPU- ovum pick up- telur akan difreeze 4/3, jumaat @ 9.00am- ovum pick up. Telur yang ada akan disenyawakan n akan difreeze dulu. *Dr tak suggest untuk buat fresh embryo transfer sebab risiko ohss tinggi. Telor right side 12 dan Left side 4. Lepas OPU, suami akan diarahkan untuk membayar kos OPU.
Dr akan beri ubat utk kurang risiko ohss dan dr nasihatkan untuk
+ Makan telor separuh masak pagi dan ptg
+ Makan makanan high protein cth kekacang
Aku diberi 3 hari MC untuk rehat.
D17 5.3.2022 sat MC
D18 6.3.2022 sun MC
D19 7.3.2022 mon- appt o&g tvs & ambil darah
D20 8.3.2022 tue jangkaan Embrio Transfer. Namun ET tak dapat dibuat sebab risiko OHSS.
D21 9.3.2022 wed bedrest
Secara kesimpulan nya, disebabkan Embrio Transfer tidak dapat dibuat, Embrio yang berjaya bersenyawa berjumlah 4 sahaja dengan Gred pertengahan, manakala telur yang lain semua tidak berjaya disenyawakan. Dan keempat empat embrio tersebut dibekukan atau freez sementara menunggu aku period selepas raya nanti.
Bahagian Kedua
30.5.2022 isnin- mlm fly to kl dari Kuching International Airport
D 1 31.5.2022 sel- Bermalam di rumah akak di Klang
D2 1.6.2022 rabu- 1st tvs appt Et 3.3. Dr prescribe 6biji ubat progrynova (hormon estrogen utk tebalkan dinding rahim) sekali makan satu hari. Next apoinment 9.6
D3 2.6.2022 kha- cuti gawai
D4 3.6.2022 jum- kerja
D5 4.6 sab
D6 5.6 ahd
D7 6.6 isn - ,cuti agong
D8 7.6.2022 sel - keja
D9 8.6.2022 rab- keja. Flght to kl
D10 9.6.2022 kha - apt tvs scan eto
D11 10.6.2022 jum- eto. Pergi ke rumah adik di Manjung untuk kurangkan stress
D12 11.6.2022 sab - Berada di manjung
D13 12.6.2022 ahd- balik kl
D14 13.6.2022 isn- Apt tvs eto di ART, HKL. Dr memaklumkan embrio akan di thaw dan digrow kan lagi sehinga berusia Day 5. Sekiranya ada yang tidak survive sehingga day 5, mereka akan discard. Meaning to say, cycle kali ini tidak berjaya. :(
D15 14.6.2022 sel - eto
D16 15.6.2022 rab - cuti ubat
D17 16.6.2022 kha- cuti ubat
D18 17.6.2022 jum - cuti ubat
D19 18.6.2022 sab
D20 19.6.2022 ahd
D21 20.6.2022 isn - embrio transfer dijalankan sekitar jam 1 petang dengan 2 embrio dimasukkan ke dalam rahim. Ada berita sedih dan 1 keputusan aku kena buat sebelum prosedur dijalankan.
D22 21.6 sel - rehat
D23 22.6 rabu- rehat
D24 23.6 kha
D25 24.6 jum
D26 25.6 sab
D27 26.6 ahd
D28 27.6 isn
D29 28.6 sel
D30 29.6 rabu
D31 30.6.2022 khamis
D32 1.7.2022 jumaat
D33 2.7.2022 sabtu
D34 3.7.2022 ahad
Berita sedihnya, keputusan darah pada hari ke14 selepas Embrio transfer, keputusan nya adalah 'Not Pregnant'. Sedih nya. Tapi takpa, aku memang sudah ready mental dan fizikal waktu doktor bagi penerangan waktu prosedur embrio transfer.
Luahan aku hantar dalam group adik beradik aku |
Gambar atas screenshot group aku hantar dalam group adik beradik aku. Redha dan pasrah aku. Insyallah mungkin tiada rezeki aku nak ada zuriat sendiri.
Bukan senang aku nak taip luahan hati ni:
'Tadik sebelom masok bilit prosedur, embriologist (org lab) dh dtg explain dgn aku dolok. Nya explain berkenaan keadaan embrio aku. Daripada 4 embrio, 2 x stop berkembang and sidak discard terus embrio ya. 2 lagi perkembangan nya sangat slow, mun ekot aritok 2 embrio ya patut berusia 5 hari, tapi kadar growth nya usia 4 hari. Jadi doktor dah madah, chances untuk berjaya ya sangat low below dari 30%. Mun ekot embriologist ya nya mcm x suggest utk transfer embrio ya ke dlm rahim sebab nang x berpotensi utk berjaya and nya sure yg doktor akan suggest aku utk cancel prosedure transfer ya. Tp bila doktor agak aku explain bnda yg sama, doktor ya mcm bagi aku option mun ko nak transfer boleh tp nya mcm beri hint untuk aku ready untuk failure. Nya madah ya failure 1 transfer. So aku mdh doktor proceed jak sbb aku dh smpe stage tok. Rasa nak nangis tapi xdpt. Dlm bilit operation, rasa sebak bila doktor tunjuk 2 embrio ya dah dalam rahim. Jadi la sempat rasa nya dalam rahim walupun tauk 30/60 jak. 😢
Ivf ready untuk fail.'
3 Comments