-->

The New Alza 2022 Mantap Bro!!

The New Alza 2022 Mantap Bro!!




The New Alza Versi H

Fuhh.. Tak sangka oiii tak sangka setelah sekian lama, aku jejakkan kaki semula ke Centre Perodua. Itupun disebabkan penangan The New Alza 2022. TERpergi pun sebab adik aku si amer tu ajak bawa tengok Alza. So aku iyakan aja. 

Kami pergi ke Perodua Centre di Satok yang sebelum Jambatan menuju ke Petra Jaya tu. Alhamdulillah kami dilayan oleh seorang Sale Advisor nama Ah Kok. Seronok juga dengar penerangan Ah Kok ni. Walaupun dia tahu kami saja nak tengok dan survey, tapi dia layan tak berkira-kira. SA macam ni la seronok. Waktu kami dua sampai, just tengok-tengok Alza versi Advance di luar centre, SA ni pun keluar dan greet kitaorang. 

kat centre ni, terdapat ketiga-tiga varian Alza ni dipamerkan iaitu advance, H dan X. Sebenarnya aku dah teruja juga dengan exterior Alza ni selain interior advance dia yang canggih uiii.. Tapi, untuk jiwa seorang perempuan, terlampau canggih pun tak guna kalau tak reti nak pakai. Serius aku part teknologi ni agak bebal. Untuk yang Alza Advance memang banyak la teknologi baru dia yang aku rasa majoriti perempuan perempuan di luar sana akan tak kisah pun pasal tu. So, untuk golongan wanita yang nak beli Alza ni, setakat pemanduan santai nak bergerak dari Titik A ke B tu, boleh la go for Alza H. Kalau sejenis yang suka explore dan pandai nak guna sistem canggih ni, boleh la kot grab Alza Advance terus. Yelah teknologi terkini banyak pada Alza Advance ni dengan perbezaaan harga dalam 8k juga.

Buat yang dah ada anak 3-4 orang pun kalau nak selesa dan harga mpv yang mampu milik, pun boleh juga go for The new Alza ni. Kira berbaloi juga la untuk keselesaan seisi keluarga. Oh ya, waktu aku dan adik pergi hari tu dalam 28.7.2022 dan SA tu bagitau last bulan Julai Kuwait Bank offer rate 2.3% dimana rate yang paling rendah aku tahu setakat ni. Taktau la sekarang dah Ogos, mungkin naik dah kot. Korang yang nak submit loan Alza tu mungkin boleh survey juga dengan Kuwait Bank tu ya. Kot dapat rate lebih rendah dan penjimatan beberapa puluh ringgit bayaran bulanan. Apa-apa pun sekiranya hati aku terbuka nak upgrade Viva aku sekarang kepada Alza, aku akan go for Alza H. Sebab Apa Alza H??

Sebab utama:

1. Harga.H ofcourse lebih murah dari Advance.

2. Aku tak reti guna sistem sistem canggih pada advance tu dan prefer yang H sebab lebih friendly untuk para wanita seperti aku

3. Bila dah terlampau canggih sangat which is majoriti elektronik pada Alza versi Advance, aku berpendapat, sekiranya rosak dikemudian hari, confirm tinggi juga caj nak repair dan tak semua pomen boleh repair.

4. Size sama je dengan Advance, plus seat puan, advance half leather half fabric. so memang kena juga cari leather seat untuk keselamatan kerusi tu dari tumpahan air atau kencing anak aku. :)

5. more kepada poket aku juga dan risiko bila berlaku banjir. Sebab dah pernah jadi, kereta aku terlambat nak alih ke tempat tinggi waktu banjir. so korang imagine if berlaku denganAdvance. Itu je la aku pikir. Dah banyak benda elektronik, kena banjir, masak aku nakk. 


Apa-apa pun , itu kalau aku la nak grab Alza ni di kemudian hari. Sekarang aku puasa dulu nak ada komitmen loan kereta ni. Nak santai santai dulu takda hutang kereta. Vios baru je settle bulan April lepas. Sakit kepala ooo bayar Rm1053 untuk 3 tahun terakhir. Padan la muka, sapa suruh guna Toyota Capital. Sedap 6 tahun pertama je oii.. 3 tahun terakhir meleleh hingus.. Haha. Jadi, kepada korang yang nak grab The New Alza, tengok la kepada keperluan korang. Kalau rasa nak teknologi terkini- yelah kereta for sure nak ikat 9 tahum, so boleh la go for The New Alza Advance. 


The New Alza H Color Red.Haa,,tula
Sale Advisor Mr Ah Kok tu.
Sangat profesional

Ni rate harga kalau ikut rate 3+ % 
Kalau nak contact SA Ah Kok tu, 
Korang boleh contact no hp kat flier ni.

Sebab SA Mr Ah Kok tu sangat baik dan sabar dalam menjawab pertanyaan kami 2 beradik, so aku nak bagi kredit kat dia, untuk korang warga Kuching nak riki The New Alza boleh lah cari SA Ah Kok ni k di 016-855 8866.  Bahh, aku gerak dulu. Salam santai dan salam The New Alza dari aku.

Baca juga:

1 Comments

avatar

hi, spec Alza 2022 yang mana yang paling berbaloi nak beli ya?

Balas delete



Emoticon