Powered by Blogger.

Resepi Kek Lapis Idola Mudah dan Sedap

Resepi Kek Lapis Idola Mudah dan Sedap
Sekarang ni saya tengah tekun membakar kek lapis idola ni. Jenuh juga nak melapis nya. Kek lapis idola ni merupakan salah satu kek lapis yang berasaskan horlick, srikaya dan coklat. Jadi kombinai ketiga-tiga bahan utama ini menaikkan rasa kesedapan kek ini.

Kek Lapis Idola Saya

Gambar di atas adalah hasil kerja saya melapis yang baru dipotong keesokkannya. Abaikan yang hancur tepi kek tu, teruja sangat nak potong. Haha.

Oklah, di sini saya sertakan resepi kek lapis idola ni k. Moga bermanfaat. Step nya saya akan share nanti.

Resepi Kek Lapis Idola Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

10 biji telur
400 gram mentega (golden churn)
200 gram horlick
80 gram Sri Kaya
50 gram serbuk santan
300 gram coklat masakan
1 tin kecil susu manis
1/2 cawan Milo
150 gram gula halus 
200 gram tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna kuning
1 sudu teh browning sugar
3 sudu makan serbuk koko



Cara-cara:

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati.

3. Masukkan susu pekat, Sri Kaya, horlick, serbuk santan, tepung gandum, dan esen vanila.

Masukkan susu pekat

Masukkan srikaya, horlick, serbuk santan dan esen vanilla

4. Bahagi kepada 2 bahagian;
       # Satu bahagian saya cedok 10 sudu makan sebanyak 6 kali untuk 3 lapis bawah dan 3 lapis atas. Masukkan pewarna kuning.

Satu bahagian diletak pewarna kuning


        # Selebihnya aduan untuk bahagian coklat. Masukkan coklat masakan, Milo, browning sugar dan 3 sudu serbuk koko untuk pekatkan warna.

Letak coklat masakan yang telah dicairkan
Secara ouble Boiler, dan seterusnya Milo,
 browning sugar dan serbuk koko


5. Bakar lapis demi lapis. Guna acuan 8.5'x8.5'.

Buat 3 lapisan pertama terlebih dahulu


Kemudian lapisan coklat pula. Saya bakar 3 lapis.
Dengan setiap lapisan dituang 20 sudu makan
Adunan

Kemudian buat 3 lapisan adunan kuning
Pula. Setiap lapisan dituang 10 sudu makan adunan.

# masa membakar yang saya guna untuk setiap lapisan adalah antara 10-15 minit dengan suhu 150°c. Tertakluk kepada oven masing-masing ye.
Selamat melapis!!!

Bahan-bahan untuk membuat kek lapis Idola
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Resepi Kek Lapis Idola Mudah dan Sedap"

keren artikelnya gan
kunjungi juga ya gan dengan web kebanggan kami poker online indonesia http://www.betdanwin.com/
bonus 100% deposit dan ada komisi referral 50% untuk member yang mengajak teman-temannya mohon partisipasinya siapa tau membutuhkannya makasihh gan :)

terima kasih fennie Tanera sudi berkunjung

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top