-->

Review LipIce Sheer Color Mentholatum

Review LipIce Sheer Color Mentholatum

Setelah berkurun lama nya menjadi pengguna tegar dan setia lipbalm jenama LipIce Sheer Color Mentholatum ni, akhirnya hari ini baru aku tergerak hati nak buat sedikit REVIEW tentang lipbalm ni.

Kalau dah berkurun aku guna lipIce ni, maksudnya dah terang-terang la lipbalm ni bagus kan. Meh aku nak cerita sedikit bagaimana aku boleh menjadi pengguna setia LipIce Sheer Color Mentholatum ni. Alkisahnya bermula sejak dari sekolah menengah lagi dalam tahun 2001-2005 , aku mengalami masalah bibir yang pucat dan kering. Dah bermacam - macam jenis dan jenama LIPBALM aku dah guna, namun semuanya tak serasi dan ada di antaranya yang melekit bila dipakai. Rasa sangat tak best tau kalau lipbalm terlalu rasa melekit.

Bila dah masuk zaman universiti, dah ada duit PTPTN, mulalah aku mencuba yang mahal sikit, kiranya LipIce ni dikategorikan dalam mahal la bagi aku waktu zaman sekolah menengah. Bila dah pakai LipIce tu, Mak aku la yang mula tegur, dia kata nampak berseri bibir aku dan tak pucat. Di samping tu, perubahan ketara bibir aku dah kurang kering. Bila pakai LipIce tu then pakai gincu, nampaklah macam lembap sikit bibir aku tu.
So far, sampai dah 6 tahun bekerja ni pun aku still masih guna lipIce ni. Memang bagus. Harga pun mampu milik. Korang boleh survey kat Watson atau Guardian. Both kedai ni ada jual. Tapi harga lain-lain ikut promosi mereka. Kalau nasib bagus, dapatlah jumpa harga LipIce ni dalam rm10 lebih je. Harga standard LipIce ni sekarang adalah RM12.80-RM14.80.

Korang yang ada masalah bibir kering tu, hah apa lagi, cuba la LipIce Sheer Color ni. Insyaallah, sangat membantu.

Lipbalm LipIce Sheer Color Mentholatum

Baca juga:

0 Comments



Emoticon