-->

Bayaran Kedua Google Adsense

Bayaran Kedua Google Adsense

22 Oktober 2016 saya telah terima e-mel daripada Google Adsense berkenaan pembayaran yang telah dibuat pihak Google Adsense ke akaun bank saya pada 21 Oktober 2016.

Rasa macam tak percaya pula dapat pembayaran kali kedua daripada Google ni. Sebab closing bulan September jumlah terkumpul pendapatan Adsense saya tidak capai had pembayaran iaitu 100$. Rezeki saya pada tengah bulan Oktober ni apabila pendapatan iklan YouTube saya masuk ke akaun Adsense saya iaitu sebanyak 0.80$. Berguna jugak akaun YouTube tu rupanya walaupun pendapatan tidak seberapa sangat.

Jadi bila pendapatan dari YouTube masuk, jumlah had pendapatan adsene saya melepasi 100$ iaitu 100.20$. Alhamdulillah. Tak sangka pihak Google kira pendapatan selepas pendapatan YouTube masuk juga.
Misi saya untuk mendapat pendapatan 100$ dalam tempoh 5 bulan akhirnya tercapai. Dan sekarang saya nak target untuk dapat 100$ dalam tempoh 3 bulan pula. Harap berjaya misi kali ni. Insyaallah.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon