Powered by Blogger.

Cara Mudah Buat Tortilla Sosej

Cara Mudah Buat Tortilla Sosej
Hai guys. Semalam mood nak masak-masak ala barat datang menjengah. Jadinya terhasillah Tortilla Sosej yang sungguh cheezy dan gempal ni.

Prataroll sosej


Antara bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus Wraps yang sedia untuk dimasak
1 bungkus sosej 
1 bungkus cheese
Cheddar kalau nak lebih cheezy
Sos cili
Mayonis
Bawang holland yang dipotong kecil
Sedikit marjerin untuk tumis bawang
Daun salad


Cara-cara buat:
1. Tumis bawang holland dengan sedikit marjerin. Jangan banyak sangat narjerin, nanti too oily. Dah naik bau, tutup api.

2. Masak sosej guna sedikit marjerin. Jangan goreng, tak sedap. Saya dah terlajak goreng semua. Haha. Dah siap masak semua sosej, ketepikan dahulu.

3. Guna non stick pan yang saiz besar dari wrap, untuk masakkan wrap. Jangan guna api kuat sangat tau, sebab wrap ni cepat masak, lebih kurang 1 minit untuk setiap side.

4. Dah siap semua, haaa mula lah sesi membungkus wrap. Cara-cara nya korang boleh rujuk gambar di bawah k. Selamat menjamu selera.

Langkah-langkah buat
Tortilla sosej

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Tortilla Sosej"

Wah nampak sedap...simple ja resepi nya sis

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top