Powered by Blogger.

Resepi Sup Tepung

Minggu ini scroll group Masak Apa Hari ini? MAHN, saudari Joriah Jue telah berkongsi satu resepi berasaskan tepung yang telah menarik minat aku untuk mencuba. Resepinya adalah SUP TEPUNG. Hahaha. First time aku dengar dan lihat resepi ini. Rata-rata komen di group tersebut cakap sedap sup tepung ni. Aku ni apa lagi, sakan telan air liur. Nak tak nak, aku gigihkan diri ke dapur untuk mencuba buat sup tepung ni. Teringin juga nak rasa macam mana teksture tepung tu. JOm terjah resepi sup tepung ni.

Resepi SUP TEPUNG
Sumber: FB Joriah Jue

3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
seikat sawi (ni saya ganti guna salad, sebab sayur ni je ada dalam peti sejuk. haha)
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Sup Tepung Hasil Tangan saya :)

Cara :
1. Uli tepung bersama sedikit garam dan air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yg sama, cubit tepung secubit, tarikkan guna dua-dua tangan, hingga jadi sekeping nipis. Masukkankan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak.
5. Salad dihiris, basuh, tos. Masukkan dlm periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
6. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan.


Rasa macam makan bubur pula sup tepung ni

Sedap ke tak sup tepung ni?? Kalau ikutkan tekak aku, boleh lah. Nak kata sedap sangat, tak juga, tapi still boleh dilayan. Dan suami aku pula, cakap sedap dan dia cakap memang suka makan tepung macam tu. Haha. Haish. Terjumpa pula menu makanan yang suami aku minat rupanya. Thanks saudari Joriah Jue. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Resepi Sup Tepung"

simple ja resipi nya...tq for sharing

Ye miss tins. Simple dan mengenyangkan..

Baru first time dengar resepi ni.. thanks for sharing, nak cuba lah nanti :)

Saya pun baru dengar resepi ni sis. Hehe. Tu yang cuba tu. Nampak cam best je.

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top