-->

Boat Noodles @ Mangkok

Seminggu dua ni agak viral kedai mangkok ni di Kuching. Terletak di lokasi panas (laluan orang balik kerja) Kuching iaitu di Kpg Ajibah Abol. Kedai makan mangkok ni pada pandangan aku agak unik dan menarik di mana ia menggunakan konsep ala-ala boat noodles di KL nun. 1 mangkok mee hanya berharga RM1.50, namun dalam kuantiti atau portion yang sedikit. Jadi, setiap seorang kena order dalam 3-5 mangkok seorang baru cukup. Kalau untuk aku takat 4 mangkok je la.
Mangkok beroperasi setiap Isnin hingga Ahad kecuali Khamis je ditutup. Mula beroperasi setiap hari bermula pukul 5:00 petang hingga sekitar 8:30 atau hingga mee@kuah habis! Ngam datang sini dalam pukul 5:00-5:30 petang. Kalau pergi lepas time tu agak ramai jugak la orang q. Tak sanggup den.
Ada dua menu je di sini ye sama ada anda nam pilih beef atau pun chicken. Untuk aku, memang pilih beef la. Rasa mee ni? So far bagi aku rasa dia ok dah nama ala-ala thai kan. Jangan ambik komen aku, sebab aku memang tak minat sangat makanan ala thai. Tom yam pun aku tak berapa sangat. So bagi aku mee di mangkok ni mempunyai rasa dia tersendiri. So apa lagi Jom Mangkok bertingkat- tingkat.
Boat noodles di mangkok
Pilihan antara beef dan chicken je ye.

Cari tanda mangkok ni ye. 

10 mangkok sekaligus. Tapi ni share dua orang la.. :p


Boleh buat cabaran siapa paling cepat dan banyak habiskan mangkok nih

Baca juga:

4 Comments

avatar

macam sedap je...
patutnya dorang buat banyak jenis saiz mangkuk s,m, l, xl, xxl.. so tak payah order 5 mangkuk baru kenyang... :)

Balas delete
avatar

tu la fariza. sy rasa ni 1 of dieorg punya konsep. Kalau saya pasni order 3 mangkok je dah cukup kot..:)

Balas delete
avatar

Try admin pg mee jawa sate main bazaar area muzium cina. ��������

Balas delete
avatar

Hai Fartool.

Thanks atas suggestion tempat. Boleh bagi exact nama kedai tak? Senang nak cari nanti.

Balas delete



Emoticon