-->

Trip Percutian Bajet ke Universal Studio Singapore (USS) 27 April 2015




Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Baru berkesempatan nak update blog sementelah agak busy dengan trip percutian bajet 23 April 2015 hingga 28 April 2015.Actually 23 April - 25 April 2015, aku, en suami, jihan (adik) dan amer (adik) pergi melawat famili akak yang duk di Klang Selangor. Nak jumpa dengan anak-anak sedara yang makin membujang dan mendara kat sana, Danish, Sarah, Haziq dan Hazman. Tapi tu lah, tak dapat lama sangat dengan dieorang. Pagi 26 April tu, dalam kul 3 lebih pagi, dah kena gerak gi KLIA2 untuk flight ke JB dan seterusnya plan masuk ke Singapore on the next day.

Masuk je korang akan jumpa globe USS ni dulu

Ni kat area Acient Egypth

Castle Far Far Away

Serigala Jadian.,,Erkkk.Betul ka??
Trip kali ini ke JB dan Singapore agak penat bagi aku. Mungkin terlebih sangat shopping kat GM Klang. Huuu.. Flight ke JB pukul 8.20 pagi dan guna Air Asia (as usual..hehehe,, bajet kan). Sampai je Airport Senai, kitaorang ambik teksi airport untuk ke Tune Hotel, Danga Bay. Untuk teksi, kitaorang dicaj RM44 ye. Aku tak tau la murah ke tidak. Sebab aku jarang guna teksi. 

Kitaorang sampai di TuneHotel, Danga Bay dalam pukul 11 pagi, dan time tu belum lagi time untuk check in. Tak kisah sangat pun, sebab aku nak settlekan urusan tempahan tiket ke Universal Studio Singapore (USS) di Travel Agency Odssey yang terletak di bahagian bawah lobi Tune Hotel. Mudah kerja aku.Dan untuk tiket USS + Tiket bus untuk seorang adalah RM195 ye. Ok la tu. Settle satu kerja.
Tiket USS serta dengan tiket bas dari
 TuneHotel - USS

Actually sebelum fly ke JB lagi aku dah call Travel Agency ni untuk booking 4 tiket ke USS. Tak nak la, bila datang nanti takda tiket pulak. Mau tak nangis aku. Haha..Ok, untuk korang yang nak plan dan book tiket USS boleh direct call dan booking di no ni ok.. Nombor telefon Travel Agency Odssey, Danga Bay 07-2323092. Korang boleh call dan booking, dan mereka akan mintak deposit ye. Macam aku haritu, aku deposit RM100 je dan whatsapp kan je bukti pembayaran ke nombor hp yang dieorang bagi. Sangat mudah dan lancar je urusan. So, bila dah sampai JB, aku terus pergi Travel Agency tu dan claim tiket USS.Time nak claim tiket tu, dieorang akan mintak full payment dan mintak kita isikan kesemua nama yang akan pergi bagi tujuan pembelian tiket USS tu. Dieorang akan bagi satu slip merah/putih untuk urusan imigresen Singapore nanti. Korang kena isi borang ni siap2 tau, bagi melancarkan proses korang nak masuk Singapore nanti. Taknak la nanti, time kat kaunter imigresen Singapore nanti, baru korang nak terhegeh2 nak isi form. Nanti, lambat la bas tunggu korang pulak nanti.

Ni contoh slip merah/putih yang korang kena isi
siap2 sebelum masuk Singapore.

Pagi 27 April 2015, Isnin, trip kami adalah 7;30 pagi - 7:30 petang. Memang fix time tu je ade eh. So, pagi tu, kitaorang claim dulu tiket USS dari kaunter travel agency, dan naik bas pukul 7:20 pagi dan tepat 7:30 pagi terus gerak. Sangat strict dengan masa pemandu bas kitaorang ni. Siapa yang lambat memang kena tinggal. So korang kena punctual dengan time ye. Perjalanan ke USS pada pagi tu ambil masa 2 jam juga tau. Aku rasa kalau tak jem kat jambatan nak masuk Singapore tu memang cepat je kitaorang sampai.

Ok, sebelum ke Singapore, kita akan lalu imigresen Malaysia dulu, untuk scan pasport merah kita tu. Maybe untuk tujuan rekod la kot. aku pun taktau. Main hulur je pasport. Haha. Dah lepas imigresen Malaysia, kita akan naik bas balik, dan menuju pulak ke Imigresen Singapore. Time ni, korang kena bawa sekali beg2 dan barangan korang bagi tujuan pemeriksaan. Kat sini, korang nak tak nak kena lalu kaunter manual yang khas untuk slip merah/putih tu. Lepas dieorang cop, kita akan lalu pulak kat pemeriksaan kastam dieorang. Diingatkan ya, bagi mereka yang merokok, korang takbleh bawah lebih daripada 18 batang rokok, dan sekinya ada terlebih satu atau dua, korang akan kena bayar denda 100 dollar singapore untuk setiap batang. Perghhh.. Tak sanggup mak. Aku dah siap, suruh en suami gi kira batang rokok dia. Haha.. Nasib tak banyak lagi.Dan satu lagi, chewinggum pun tak boleh ye dibawa masuk.

Bila dah sampai kat USS, wahhh, akhirnya sampai jugak aku kat USS. Selalu tengok dalam gambar je. Haha..Poyo. Time masuk ni, scan je kod yang ada kat tiket print yang dibagi travel agency tu. Dont worry. Confirm lepas punya. 

Ok, apa yang menariknya di USS ni?? So far aku rasa view kat dalam USS ni memang cantiklah. Teruja juga tengok interior USS ni. Fefeeling kat hollywood pulak. Haha. Apa game atau permainan yang best kat sini?? meh, aku listkan game yang MESTI korang main (khas untuk dewasa la). Takmau list game kanak-kanak sebab aku takde bawak kanak-kanak. Kalau korang ada bawak anak-anak dont worry, sini memang syurga permainan kanak-kanak. Just game untuk dewasa je aku rasa kurang kot, Sebab 2 permainan utama dieorang iaitu Rollercoaster tu ditutup buat sementara. Dengar cerita ada yang jatuh time main tu. Tak tau la betul ke tidak. Betul la kot.

Ok ni, game yang korang bleh main:

1. WaterWorld @ The Lost World
2. Jurassic Park Rapids Adventure @  The Lost World
3. Canopy Flyer @ The Lost World
4. Revenge of the Mummy @ Ancient Egypt: (indoor roller coaster)
5. Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle
6. Enchanted Airways: Far Far Away.

Setakat ni, 6 game di atas je la aku dapat layan, Yang lain tu budak-budak je la layan. Haha. Kalau roller coaster yang besar tu bukak lagi best rasa nya kot.


Jurassic Park Rapid Adventure. Bagi aku, game ni agak
bahaya untuk kanak-kanak awah 6 tahun. Bagi aku la..

Canopy Flyer

Revenge of the Mummy



Ok, dah puas main, mesti penat dan lapar nak makan kan. Kat dalam USS ni, jangan risau ada beberapa restoren halal disediakan khas untuk pengunjung Islam. Antara restoren halal adalah:

1. Oasis Spice Cafe (dekat dengan game Mumia @ Ancient Egypt) : Makanan Middle Eastern Specialties, ala2 briyani la.
2. Mel's Drive-In @ Hollywood : All American Favouriteslike Burgers, Fries and milkshake
3. Marty's Casa Del Wild Food Court @ Madagascar : Southeast Asian Favourites such as Nasi lemak and Beriyani.
4. Friar's @ Far Far Away: Variety of Seafood Baskets and soft serve Ice-cream
5. Goldilocks @ Far Far Away: Homemade special recipe chicken.

Untuk trip kitaorang ni, kami pilih untuk makan di Oasis Spice Cafe di area Ancient Egypt. Kat sini korang ready je la sekitar 50 Spore Dollar untuk seorang makan ye. Harga sepinggan Beriyani kambing je 13.80 dollar dan kalau convert ke Ringgit Malaysia RM37.24. Hmmm.. Sekali je la aku makan ni. Haha. Air pula, aku pilih Heaven & Earth Green Tea yang berharga 3.5 dollar. Adehh. Tutup mata ja la bayar. Haha.

Nah, aku tolong korang pikirkan awal menu mana nak. Haha



View kat bahagian kaunter Restoren Oasis USS


Tips percutian ke USS Singapore ni, sebenarnya korang boleh cut cost kat makan sebenarnya. Korang bekal je sandwich, or roti gardenia, dan sebotol air seorang. Kat dalam tu nanti, habis je air, korang boleh refill air kat waterfilter yang ada disediakan di setiap tempat.
Jom refill air. Save budget. Haha

Kat sini, kalau nak solat, tempat solat pun ada disediakan. Salah satu berdekatan dengan Ancient Egypt. Dan sebelum ni, aku juga pernah usya blog blogger2 lain yang pernah ke Singapore, dan rata2 mereka bagitau kat toilet dalam USS xde pili air. Maybe time dieorang tu, takda lagi kot. Dan sekarang, korang jangan risau, kalau kat toilet perempuan, korang cari je toilet paling hujung, korang akan jumpa toilet cangkung baikkk punya cilok.. Haha. Kat toilet tu je ada pili beserta hos ye. Mudah dan lancar urusan korang nanti. Ok lah, setakat ni saja, perkongsian aku untuk trip bajet ke USS Singapore. Diharap dapat membantu korang dalam merancang percutian ke USS nanti.


Ni je antara video yang sempat dirakam waktu kat USS. Sebab nak save memory card la ni.




#Trip Percutian Bajet Ke USS Singapore
#Tips Percutian ke USS Singapore
#Tempat Makan Halal di USS Singapore

Baca juga:

26 Comments

avatar

Haii.. Cak..
Done follow sini no. 66
Sudilah kiranya follow me back yea..
Leh saling kunjung mengunjung pasni ..
Salam kenal yea..
http://tengkubutang.blogspot.com/

Klu minat kucen silalah follow sini jugak ye
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Balas delete
avatar

Slm... Nk tanya kalo main game dlm tu free je ke? Atau kne byr? Bln dpn sy nk pg sana, now tgh busy baca segala mcm yg bkaitan dgn trip ke uss ni. Heehee

Balas delete
avatar

Wkmslm. Sekali bayar je.. Tiket uss yg price rm19+ tu.. N pastu main kat dalam tu semua free.. Main je puas2 sampai uss tu tutup..hehe.. Ok..selamat bercuti nnt ye.. Jgn lupa bwk baju hujan. Time ktorg dtg ada hujan kjp..

Balas delete
avatar

Hai tengku butang.. Dah follow awak blik
.hehe..slm perknlan..

Balas delete
avatar

best kan gi sini. kina pun dah sampai...tapi ada planning nak gi lagi..hahahah

feel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com

Balas delete
avatar

tu la lina.. teruja bila dah sampai sini.. dalam hati, berjaya jugak plan bajet trip aku nih.. haha..

Balas delete
avatar

dalam planning, inshaAllah.. trima kasih atas detail nye kak..:)
bnyak bnda nak kena bajet ni since sya dr kedah..

Balas delete
avatar

kejap nk tnya total bajet akak brapa ye?? sepanjang prgi balik..

Balas delete
avatar

klo bajet untk belanja dlm uss tu akak bajet 150 dollar..tp tu pun x abis sbnanya..just incase emergency. klo total semua bajet seorg dlm less than 1k.. tu kena post mortem blik tu.. hehe..

Balas delete
avatar

1k rm ye..bkn dollar.. klo nk cut cost bwk roti2 je utk alas perut..mhl la mkn n minum dlm tu.

Balas delete
avatar

murahnya sis briyani kambing tu... detail trip.... enjoynyer sis.....

Balas delete
avatar

murah ker sis?? klo bgi sy mahal.. rm30+ untk briyani kmbing byk tu..huhu..mmg mhl..

Balas delete
avatar

sis, you cakap bekal sandwich n mineral water. bole bawa makanan/minuman ker?

Balas delete
avatar

Hi princesses, boleh je. Kitaorang hari tu bekal roti gardenia dan air mineral. Letak dalam beg belakang. Takde pulak dieorang cek beg ke apa sebelum masuk tu.

Balas delete
avatar

Mksd sis rm19+ tu yg rm195 tu ke..

Balas delete
avatar

Mksd sis rm19+ tu yg rm195 tu ke..

Balas delete
avatar

a ah sis.. rm195 dpt main semua dlm tu..

Balas delete
This comment has been removed by the author.
avatar

Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
Call : +6282214441280
+6282216270779
WhatsApp : +6282214441280
+6282216270779
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

Balas delete
avatar

bestnya. teringin nak pergi

Balas delete
avatar

Hi sis ain, xpe nanti2 ,boleh plan gi.. :-)

Balas delete
avatar

Bismillah ..
Assalam / salam sejahtera Tuan,puan,abang & akak.
Perkenalkan kami team kusuka bandoeng, kami ada menyediakan perkhidmatan supir / harga pakej bercuti ke bandung.
Pakej bercuti
Pakej 1 = supir,hotel,makan & tiket lawatan (per pax)
Pakej 2 = supir,hotel & makan (per pax)
Pakej 3 = supir & hotel (per pax)
Pakej 4 = khidmat supir sahaja (per day)
Harga sewa Kereta per Day :
# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
Rate: IDR 380.000 or RM 115
# Toyota Innova / Kia Pregio (8 seat)
Rate: IDR 550.000 or RM 160
# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
Rate: IDR 650.000 or RM 185
# Coaster Isuzu Elf Long (17&19 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245
# Toyota Hiace commuter (12 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245
*Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta.
Untuk tempat lawatan boleh ikut tentatif program yg sudah di sediakan atau ikut plan sendiri. Harga yg kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat & berbaloi.
Bila berminat boleh berurusan dengan saya melalui :
Whatsapp : +6282115111550
Fb syarikat : kusuka bandoeng
Fanspage syarikat : kusuka bandoeng
Email syarikat : kusukabandung@gmail..com
Website syarikat : www.kusukabandung.com
Nb : walaupun promote saya kurang manis dalam perkataan nya, tetapi saya dan team sudah berpengalaman dalam memberikan kepuasan percutian di bandung. Jangan tertipu dengan kata manis perkataan, tapi percaya lah dengan kenyataan dari pengalaman kepuasan orang.
Semoga inform yg saya berikan dapat memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
Terima kasih.

Balas delete
avatar

Terima kasih kongsi pengalaman. :) Sekiranya ada yang ingin melawat Singapura & untuk dapatkan tiket-tiket pada harga PROMOSI seperti USS - GARDEN BY THE BAY - CABLE CAR - SEA AQUARIUM - SKYLINE LUGE - SINGAPORE ZOO & banyak lagi, boleh hubungi saya atau melawat page Love Travel di www.facebook.com/lovetravel86 . Keep in touch .
.
Jessica Abdul, Love Travel, Tel: +6017-7055381, Email: jessica.travel8686@gmail.com , Web: www.facebook.com/lovetravel86 & lovetravel-love.blogspot.com

Balas delete
avatar

Salam ...
pakej perkhidmatan 4d3n Bandar Bandung (Hotel & pengangkutan) ... Murah Sampai pengsan ....

Butiran Perjalanan

Hari 1
> Airport bandung
> Pasar Baru Membeli belah
> Studio Trans
> TokoTiga (Branded Jeans)
> Factory outlet
> Makan malam

Hari 2
> Gunung Tangkuban Perahu
> Grafika Cikole
> Petik Strawberry
>Luwak caffe
> Naik kuda deranch
> Floating market
> Farhm House
> Dusun Bambu{Cadangan}
> Daun Kampung {Cadangan}
> Rumah mode
> Cihampelas Jeans Pusat
> Paris van java
> Makan malam

Hari 3
> Kawah putih
> Valley Hot Spring
> Kulit Cibaduyut kawasan jalan
> Afrika Asia
> Tebing keraton (Cadangan)
> Kartika sari
> Makan malam

Hari 4
> Keluar Hotel bandung
> Airport Bandung

syarat dan Syarat

* Jumlah harga Seorang Adalah
Rm 395/orang jika 2 orang
Rm 330/orang jika 3 orang
Rm 285/orang jika 4 orang
Rm 250/orang jika 5 orang
Rm 235/orang jika 6 orang

-1 Bilik muat 2 orang tidak di join sehingga Selesa Sangat, semasa 4hari 3malam.
-Termasuk sarapan pagi bufet.

Hotel Bandar bandung Adalah

#Hotel 2 star #

-Dpalma
-Hyper inn
-Vio Cihampelas
-Summit Siliwangi
-Raffles home

> Tidak termasuk makan tengah hari dan makan malam

> Tidak termasuk kos tiket lawatan per kereta atau perorang di Tempat lawatan dengan itenary.

Sila Tuan / Puan memutuskan Tempat lawatan boleh Ikut tentatif Program yang Sudah di sediakan ATAU Ikut rancangan Sendiri.

Untuk Perkhidmatan Kami Janji akan berikan PERKHIDMATAN yang tiptop,Baik,Ramah & bahasa berbudi.

Syarikat Kami 100% pemandunya muslim Dan tidak payah Risau Mencari Tempat Makan Yang sedap Dan pastinya halal.

Joom Tempah Sekarang dan dapatkan harga istimewa Dari Syarikat Kami.
InsyaAlloh amanah dan barokah.

panggilan
+62 878 24 600 700

WhatsApp
+62 81 220 375 375

bogalakontour@gmail.com
bogalakontour@yahoo.com

www.bogalakontour.com
www.sewakeretamurahbandung.com

Semoga maklumat Yang Saya berikan memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
Terima kasih.
Wassalam ... wr..wb.

Balas delete
avatar

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
AFFANDI
BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

Balas delete
avatar

Salam Sejahtera! Jika ingin dapatkan tiket masuk SEA AQUARIUM pada harga murah, sila hubungi saya. Boleh beli & BOOK awal. Harga promosi: SGD 35/MYR 112 sahaja (Adult) dan SGD 25/ MYR 80 sahaja (CHILD). Tiket original OPEN DATE 3 bulan valid dari tarikh beli. PROMOSI lain tiket Singapura ada seperti USS, GARDEN BY THE BAY, SINGAPORE ZOO, NIGHT SAFARI dan lain-lain. Lawati LOVE TRAVEL facebook page juga di >>> www.facebook.com/lovetravel86 // Terima kasih. Jessica (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com

Balas delete



Emoticon